Saya mengenali rapat Rizalman sudah lebih 10 tahun, dan saya memang tahu dia tidak suka keluar ke majlis-majlis keramaian. Jarang sekali terlihat kelibatnya. Dia juga terlalu jarang keluar malam.
“Kenapa you tak suka keluar? Pilihan sendiri atau menjaga ekslusiviti?”
“All of them. Saya memang tak suka keluar malam. Sejak kecil my parents memang momokkan saya dan adik-beradik lain dengan kepercayaan kalau keluar rumah selepas Isya’ tu syaitan, tak balik rumah sebelum Maghrib tu syaitan. Tak tutup pintu dan tingkap waktu Maghrib tu syaitan. Saya dibesarkan dengan cara konvensional dan saya bersyukur dibesarkan dengan cara itu. Bila kita tidur awal, we will have better morning, tidur cukup dan kita boleh berfungsi dengan baik keseokan hari. Lagi satu orang cakap bila you boleh dilihat di mana-mana, you bukan bintang, bintang sepatutnya hanya muncul di langit. I’m a star,” selorohnya.