7. Le Méridien Bali Jimbaran mempunyai 10 jenis kamar tidur yang masing-masing punya kelebihan tersendiri. Anda dapat menginap di salah satu jenis kamar tidurnya dari 117 kamar yang mempunyai perbezaan dari segi keluasan bilik, suite, penthouse dan villa yang bercirikan dekorasi moden Bali dengan sentuhan chic serta aura yang menyamankan. Grande Avant-garde Suite adalah antara pilihan kamar tidur yang terbaik buat mereka yang dambakan sesi bulan madu. Terletak di tingkat paling atas, kamar berkeluasan 305 meter persegi ini cukup sempurna dengan aura dan dekorasinya yang bercirikan Bali. Ia dilengkapi dengan kamar besar serta kamar mandi yang cukup mewah dengan jakuzi dan pancuran air hujan, ruang tamu dan ruang makan yang besar. Pastinya sesi bulan madu kalian cukup romantis ditambah pula dengan pemandangan indah menghadap laguna air masin serta pantai Jimbaran.