Meghan Markle kini selamat bergelar isteri kepada Putera Harry menerusi majlis perkahwinan Diraja yang berlangsungnya di St.George's Chapel. Hadir dalam gaun yang paling elegan yang mesti dilihat dan ditatap dari setiap sudut.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Meghan Markle kini selamat bergelar isteri kepada Putera Harry menerusi majlis perkahwinan Diraja yang berlangsungnya di St.George's Chapel. Hadir dalam gaun yang paling elegan yang mesti dilihat dan ditatap dari setiap sudut.
Segalanya Tentang Gaun
Gaun perkahwinan elegan itu bercirikan train yang menjadi statement dan siluet timeless termasuklah boat neckline dan lengan potongan tiga suku yang mana menjadikannya lebih moden. Meghan sebelum ini bertemu dengan perekanya Clare Waight Keller untuk membentangkan look idamannya itu.
“Sesuai dengan warisan rumah, garis-garis tulen gaun itu dicapai dengan menggunakan enam lipit diletakkan dengan penuh teliti. Tumpuan gaun itu adalah grafik garis leher bateau terbuka yang anggun mempamerkan bingkai bahu dan menekankan pinggang lembut yang terukir sempurna. Garisan gaun itu memanjang ke arah belakang di mana train melabuh dalam lipatan bulat lembut dengan underskirt dalam tiga organza sutera,” tulis Istana.
Input your search keywords and press Enter.