EH!

fesyen, kecantikan, hiburan, gaya hidup

  • Muka Depan
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • Santai
    • DIY
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
    • Acara
    • Anugerah Cantik EH! 2017

Lima Kesalahan Lompat Kerja Yang Anda Patut Elak

Gaya Hidup · 04/07/2017

Farhana Fuad

Rasa bosan dengan rutin kerja harian yang sama, mahukan perubahan dalam kerjaya yang persekitarannya tenang ditemani rakan kerja lebih mesra?

 

Gambar : Shutterstock

 

Tetapi, keinginan itu terhenti ikutan perasaan takut untuk mengambil risiko, rasa bimbang akan angka gaji yang tidak tinggi kerana ia mungkin tidak dapat menampung komitmen yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja melangkah ke fasa kehidupan berumah tangga atau baru  menimang cahaya mata.

 

Menurut kajian careersadviceonline.com, statistik menunjukkan seseorang itu melakukan perubahan pada kerjayanya kira-kira lima hingga tujuh kali dalam tempoh mereka bekerja. Dengan lambakan peluang pekerjaan, lengkap dengan pelbagai insentif yang menguntungkan, dianggarkan 1/3 jumlah pekerja akan menukar kerja dalam tempoh 12 bulan. Jadi, pabila usia menjangkau 42 tahun, mereka sudah mempunyai pengalaman kira-kira 10 pekerjaan. Walau bagaimanapun, anda perlu peka dengan kesilapan yang mungkin bakal terjadi pada masa beralih kepada kerjaya baru.

 

Lambat ambil langkah

Jangan tunggu sehingga anda berasa tekanan kerja berada di paras maksimum barulah waktu itu anda mahukan perubahan kerjaya. Jangan lakukan keputusan terburu-buru dan berputus asa dengan kerjaya anda. Ambil waktu untuk perbaiki kelemahan. Mungkin dengan menyatukan kembali perhubungan antara rakan kerja yang sudah renggang, tambah lebih rasa hormat pada mereka atau kembangkan kemahiran diri supaya lebih cekap dan menonjol. Setelah segalanya sudah berada pada paras stabil, barulah keputusan rasional dapat dicapai. Melarikan diri daripada masalah bukanlah jalan penyelesaian.

 

Benci pada kerjaya

Tindakan untuk terus membenci kerja anda hanya menambah kekusutan yang sedang dihadapi. Ambil masa untuk menganalisis sebab utama anda mahu menukar kerja. Adakah kerana majikan, rakan kerja atau kerana kemahiran yang tidak sebati dengan diri. Apa sahaja alasannya, elak keputusan untuk menukar kerjaya selagi anda tidak mempunyai perancangan yang kukuh.

 

Wang bukan segalanya

Tarikan utama seseorang itu memilih pekerjaan baru semestinya kerana jumlah gaji, selain pelbagai kelebihan lain yang ditawarkan. Tetapi, berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Kata orang ‘money won’t buy me happiness’. Ingatlah, walau berapa banyak wang yang anda miliki, jika anda tidak berasa gembira dengan kerjaya anda segala-galanya tidak berguna lagi. Akhirnya, anda akan berada dalam keadaan tertekan sekali gus menjejaskan kesihatan anda. Dan jangan terlalu mengejar kerjaya yang menjadi trend ketika itu. Lakukan sedikit kajian, seimbangkan kebaikan dan keburukan.

 

Pengaruh tekanan luar

Jangan biarkan ibu bapa, rakan-rakan atau sesiapa sahaja mempengaruhi keputusan anda menukar kerjaya. Buat pilihan sesuai dengan minat anda, bukan mereka. Jika anda menukar kerjaya semata-semata mahu memuaskan hati mereka, anda silap. Sebaliknya anda akan lebih tertekan dengan kerjaya baru yang tidak gemari.

 

Data tidak dikemas kini

Lihat dulu data mengenai pengalaman bekerja, kemahiran utama serta teknik yang diri anda miliki. Ia menjadi titik utama untuk anda menonjol di tempat baru. Jikalau  tidak mencapai apa anda jangkakan, berhenti sejenak dan fikirkan semula. Apakah keputusan untuk menukar kerjaya baru adalah yang terbaik dan menepati kemahiran kerja anda. Gunakan sumber-sumber seperti Career Toolkit untuk menggilap data pekerjaan anda.

Artikel Berkaitan

Gambar Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Putera George
Promosi Hebat Sempena Hari Kemerdekaan Mesti Rebut
Dilema Pejabat
Elak Gastrik Kala Berpuasa
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
0Pin on Pinterest
Pinterest
0Share on Tumblr
Tumblr
0Email this to someone
email
Print this page
Print
PREVIU ISU TERKINI
LANGGANAN DIGITAL

Apa Kata Anda

Apa Kata Anda (Disember 2017)

Promosi

  • EH! Pemenang Promosi Mac 2018

EH! Instagram

  • Penampilan istimewa @heybiblee di @laneigemy Global Media Conference 2018 pada bulan Mac lalu buatkan ramai yang teruja. Pengarang majalah EH!, Khairul Abidin turut berkesempatan menemu bual secara eksklusif bintang terkenal Korea Selatan ini. Tonton video penuh di www.eh.com.my. Klik link di bio.
#ehmalaysia
    Penampilan istimewa @heybiblee di @laneigemy Global Media Conference 2018 pada bulan Mac lalu buatkan ramai yang teruja. Pengarang majalah EH!, Khairul Abidin turut berkesempatan menemu bual secara eksklusif bintang terkenal Korea Selatan ini. Tonton video penuh di www.eh.com.my. Klik link di bio. #ehmalaysia
  • Datin @ninajuren , @haniszalikha , @neelofa & @dianadanielleb di majlis pelancaran @shadedough by Hanis Zalikha pagi tadi. 
#ehmalaysia 
#shadedoughbyhaniszalikha
    Datin @ninajuren , @haniszalikha , @neelofa & @dianadanielleb di majlis pelancaran @shadedough by Hanis Zalikha pagi tadi. #ehmalaysia #shadedoughbyhaniszalikha
  • @haniszalikha & @theyusufiskandar di majlis pelancaran @shadedough , label kosmetik milik Hanis Zalikha sendiri. Congratulations  #shadedoughbreakfastclub
#shandedoughbyhaniszalikha 
#ehmalaysia
    @haniszalikha & @theyusufiskandar di majlis pelancaran @shadedough , label kosmetik milik Hanis Zalikha sendiri. Congratulations #shadedoughbreakfastclub #shandedoughbyhaniszalikha #ehmalaysia
  • Tahniah @shahilaamzah yang selamat diijabkabulkan hari ini. 
#ehmalaysia *gambar @anhevents
    Tahniah @shahilaamzah yang selamat diijabkabulkan hari ini. #ehmalaysia *gambar @anhevents
  • OPPO melancarkan peranti baru OPPO F7 dan Neelofa dinamakan sebagai duta produk ini. #ehmalaysia
    OPPO melancarkan peranti baru OPPO F7 dan Neelofa dinamakan sebagai duta produk ini. #ehmalaysia
  • Kolaborasi eksklusif antara pereka kasut tempatan terkenal, Christy Ng @christyngshoes dan pelakon Syatilla Melvin @samtilla bakal menemui anda khas untuk Raya tahun ini. Step up your Hari Raya style with ‘SYATILLA for CHRISTY NG’ #syatillaforchristyng #hotelstripeskl #mystripesstory #whitedistrictkl #ehmalaysia
    Kolaborasi eksklusif antara pereka kasut tempatan terkenal, Christy Ng @christyngshoes dan pelakon Syatilla Melvin @samtilla bakal menemui anda khas untuk Raya tahun ini. Step up your Hari Raya style with ‘SYATILLA for CHRISTY NG’ #syatillaforchristyng #hotelstripeskl #mystripesstory #whitedistrictkl #ehmalaysia
  • Ummi Nasir antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan @makeupbyumminasir nantikan EH! isu julai 2018! #anugerahcantikeh2018 #ehmalaysia #umminasir
    Ummi Nasir antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan @makeupbyumminasir nantikan EH! isu julai 2018! #anugerahcantikeh2018 #ehmalaysia #umminasir

EH! Twitter

Ikuti @EHMalaysia!
  • A steamy round of tongue tango can lead to great sex! Setuju? Bercumbu sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan lain. https://t.co/v85kdZDOEg
    · reply · retweet · favorite
  • Kita semua pasti pernah mengalami masalah jerawat yang tumbuh di sekitar tubuh terutama sekali di bahagian belakang… https://t.co/rTmvl4aMto
    · reply · retweet · favorite
  • Jika diimbas kembali gaya selebriti-selebriti TV dan filem ini ketika remaja, pastinya ramai yang seakan tidak perc… https://t.co/PEujrLZmLk
    · reply · retweet · favorite
  • Canon mahu anda kongsikan detik indah dalam kualiti tinggi dengan rakaman dari kamera EOS M50 yang hadir dengan pel… https://t.co/RkMKB50t7K
    · reply · retweet · favorite
  • Canon mahu anda kongsikan detik indah dalam kualiti tinggi dengan rakaman dari kamera EOS M50 yang hadir dengan pel… https://t.co/0KOqZlXul3
    · reply · retweet · favorite
6156 mengikuti @EHMalaysia
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • DIY
    • Santai
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
  • Acara
  • Apa Kata Anda
  • Mutiara Kata
BluInc
  • Peluang Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Kembali Ke Atas

Copyright © Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K)
Hak Cipta Terpelihara