EH!

fesyen, kecantikan, hiburan, gaya hidup

  • Muka Depan
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • Santai
    • DIY
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
    • Acara
    • Anugerah Cantik EH! 2017

Konsert Datuk Siti and Friends Hebat!

Hiburan · 04/04/2016

Farhana Fuad

 

 

IMG_4209

 

Kerjaya seni Datuk Siti Nurhaliza yang genap menjangkau dua dekad diraikan dengan konsert istimewa penyanyi nombor satu negara ini bersama barisan penghibur hebat pilihannya.

 

IMG_4210

 

Dibawakan oleh Yonder Music dan Celcom Xpax, Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends yang berlangsung di Stadium Merdeka tanggal 2 April lalu menjadi memori indah buat peminat serta penggemar muzik tempatan.

 

IMG_4211

 

Datuk Siti yang anggun dalam persalinan serba merah dan emas rekaan Rizman Ruzaini dan dihiasi menawan oleh Nurul Shukor mendendangkan lagu-lagu ikoniknya serta kolaborasi pentas bersama Joe Flizzow & SonaOne, selain artis jemputan Cakra Khan dan Hafiz Suip.

 

IMG_4217

 

Juga istimewa terbang dari Paris adalah diva nusantara Anggun Cipta Sasmi yang hadir memberi sokongan buat konsert Datuk Siti. Mereka berduet lagu Snow on the Sahara dan Bukan Cinta Biasa.

 

Duet lagu Bagaikan Sakti bersama Faizal Tahir juga antara yang dinantikan selain kemunculan Afgan yang punyai ramai peminat mendendangkan lagu Biarlah Rahsia bersamanya.

 

KUALA LUMPUR 02 APRIL 2016. Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza (kiri) dan Anggun Cipta Sasmi membuat persembahan pada Konsert 'Datuk Siti Nurhaliza and Friends'. NSTP/ADI SAFRI

Gambar: www.utaranews.com

 

Acara selingan menyaksikan klip video sesi temubual bersama mereka yang memberi impak dalam perjalanan seni Datuk Siti termasuk ibu kesayangan serta ahli keluarga.

 

Siti juga turut mendedikasikan satu segmen buat mentornya dalam bidang ini iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang banyak membimbing dan menghasilkan karya buat Siti.

 

IMG_4213

 

Sebuah lagu istimewa berjudul Memories juga turut diperkenalkan buat pertama kalinya. Ia adalah lagu nyanyian mendiang Whitney Houston yang bakal dirakam semula dalam bentuk duet Datuk Siti bersama idolanya ini. Di akhir konsert ini juga pihak produksi menjalankan rakaman video muzik buat lagu ini bersama ribuan peminat Siti.

 

 

IMG_4214

 

Konsert yang dihadiri oleh lebih 7,000 penonton ini turut menggabungkan pemuzik dari Amerika Syarikat selain strings orchestra yang mengiringi persembahan selama dua jam ini.

 

Tahniah Datuk Siti dan terima kasih kerana mewarnai persada seni tanah air sepanjang 20 tahun ini!
 


 

Artikel Berkaitan

EKSKLUSIF : Gambar Belakang Tabir Nurita Harith Di #KLFWRTW2016
Solekan Ala Tanpa Solekan
Rehatkan Mahkota Anda
5 Tempat Menarik Mesti Kunjungi

Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
0Share on Tumblr
Tumblr
0Email this to someone
email
Print this page
Print
PREVIU ISU TERKINI
LANGGANAN DIGITAL

Apa Kata Anda

Apa Kata Anda (Disember 2017)

Promosi

  • Kongsi kepada kami kreativiti anda sempena Hari Wanita Sedunia 2019!

EH! Instagram

EH! Twitter

Ikuti @EHMalaysia!
  • Antara sebab payudara tidak lagi mantap dulu ialah berat badan mudah naik dan turun. Kehamilan juga adalah antara f… https://t.co/G4Xq1s2Dud
    · reply · retweet · favorite
  • Apabila melihat telatah seorang bapa melayan anak kecilnya akan buat ramai yang cair hati. Apatah lagi jika lelaki… https://t.co/PNmaN4jTkj
    · reply · retweet · favorite
  • Pernah tak anda merasakan perasaan ingin kembara ke satu tempat itu membuak-buak selepas menonton filem? EH! senara… https://t.co/cL6XKtgou3
    · reply · retweet · favorite
  • Kecoh laman sosial apabila kumpulan B.A.P umum dibubarkan hari ini. Namun, #SimonPark dari #Dalmation umum nak… https://t.co/aiThlcFGci
    · reply · retweet · favorite
  • Siapa yang tak nak kulit muda remaja lebih lama walaupun sudah meningkat usia? Ini dia jenis makanan yang patut and… https://t.co/DgXbXuMzKG
    · reply · retweet · favorite
6213 mengikuti @EHMalaysia
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • DIY
    • Santai
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
  • Acara
  • Apa Kata Anda
  • Mutiara Kata
BluInc
  • Peluang Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Kembali Ke Atas

Copyright © Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K)
Hak Cipta Terpelihara