EH!

fesyen, kecantikan, hiburan, gaya hidup

  • Muka Depan
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • Santai
    • DIY
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
    • Acara
    • Anugerah Cantik EH! 2017

Hijab Sesuai Bentuk Wajah

Fesyen · 18/02/2015

Izza Ibrahim

 

HIJAB

Selendang, pashmina, bawal dan half moon adalah antara pilihan fesyen hijab yang sering digayakan. Namun si pemakai haruslah mengambil kira akan fesyen hijab yang bersesuaian dengan bentuk muka. Jangan hanya kerana mengikut trend membuatkan anda memakai kesemua fesyen hijab yang ada. Musykil dengan stail hijab yang bersesuaian untuk digayakan? Ketahui bentuk muka anda dan ikuti panduan yang diberikan ini.

1. Bentuk Segi Empat
Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai hijab yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekaligus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. Sebaliknya, pilih stail hijab yang boleh mebuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk hijab di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.

2. Wajah Bulat
Elakkan dari memakai anak tudung atau hijab yang menutup bahagian dahi kerana ia hanya akan membuatkan wajah si pemakai bertambah pendek. Wajah bulat memerlukan ilusi panjang, oleh itu bentuk hijab anda di bahagian tulang pipi untuk menutup sedikit bahagian sisi muka. Stail hijab yang mempunyai lilitan di bahagian telinga juga tidak sesuai digayakan kerana akan membuat wajah tampak lebih besar. Sebaiknya pilih hijab dari jenis kain stretch kerana ia mampu untuk memberi volume kepada wajah anda seterusnya memberi ilusi bujur. Antara teknik lain yang boleh digunakan adalah untuk memakai cekak rambut terlebih dahulu sebelum menyarung anak tudung.

3. Wajah Bujur
Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen hijab kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatil. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya turban untuk kelainan.

4. Bentuk Hati/Tiga Segi
Ciri bentuk wajah ini kebiasaannya adalah dahi yang luas disertai dagu kecil. Gayakan hijab dengan lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Boleh juga gayakan anak tudung yang berbentuk separuh bulatan. Hijab jenis longgar amat sesuai digayakan kerana bahagian dagu yang kecil member ilusi seakan bentuk wajah sebutir berlian. Biarkan hijab longgar di bahagian rahang dan percayalah anda akan tampak anggun menawan.

5. Bentuk Wajah Panjang
Jauhi stail hijab yang melekat di wajah kerana ia akan menampakkan wajah semakin panjang. Tutup sedikit bahagian dahi dengan anak tudung agar wajah tampak lebih sekata. Stail hijab longgar yang mempunyai volume atau lilitan di bahagian tepi kepala amat bersesuaian untuk digayakan kerana ia memberi ilusi kepada keluasan wajah yang berkurangan. Dedahkan bahagian tulang pipi untuk ilusi lebih efektif.

Artikel Berkaitan

Estée Lauder Malaysia Perkenal Beauty Playground Pertama Di Dunia
Fara Fauzana Anggap Semua Yang Terjadi Adalah Ketentuan Allah
Cara Ini Boleh Buatkan Anda Jadi Lebih Berani
Horoskop Dan Gaya
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
0Pin on Pinterest
Pinterest
0Share on Tumblr
Tumblr
0Email this to someone
email
Print this page
Print
PREVIU ISU TERKINI
LANGGANAN DIGITAL

Apa Kata Anda

Apa Kata Anda (Disember 2017)

Promosi

  • EH! Pemenang Promosi Mac 2018

EH! Instagram

  • Ummi Nasir antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan @makeupbyumminasir nantikan EH! isu julai 2018! #anugerahcantikeh2018 #ehmalaysia #umminasir
    Ummi Nasir antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan @makeupbyumminasir nantikan EH! isu julai 2018! #anugerahcantikeh2018 #ehmalaysia #umminasir
  • Congratulations @sherryibrahim atas pelancaran Sherry Scarves 
#ehmalaysia
    Congratulations @sherryibrahim atas pelancaran Sherry Scarves #ehmalaysia
  • EH! dan Urban Decay mahu anda ekspresikan SUPERGIRL dalam diri anda mulai hari ini! Dalam calitan HI-FI Shine Lip Gloss, sepuluh selebriti @azirashafinaz @sophialiana @cikmanggis @kilafairyofficial @sherry_alhadad @puteriaishah_ @Nadia.brian @daiyantrisha @yayazahir dan @mawarashid sudah temui rahsia kekuatan mereka dengan calitan pengilat bibir baharu bersama pilihan kata kunci #UDefinitely mereka yang akan ditayangkan di Instagram EH! tidak lama lagi! #UDMalaysia #Supergirl #Standup #EHMALAYSIA *Lagu SUPERGIRL by @defamofficial
    EH! dan Urban Decay mahu anda ekspresikan SUPERGIRL dalam diri anda mulai hari ini! Dalam calitan HI-FI Shine Lip Gloss, sepuluh selebriti @azirashafinaz @sophialiana @cikmanggis @kilafairyofficial @sherry_alhadad @puteriaishah_ @Nadia.brian @daiyantrisha @yayazahir dan @mawarashid sudah temui rahsia kekuatan mereka dengan calitan pengilat bibir baharu bersama pilihan kata kunci #UDefinitely mereka yang akan ditayangkan di Instagram EH! tidak lama lagi! #UDMalaysia #Supergirl #Standup #EHMALAYSIA *Lagu SUPERGIRL by @defamofficial
  • Guess Who challenge bersama @raysharizrose . Berapa ramai yang Raysha dapat teka? Lihat video penuh di www.eh.com.my.
#ehmalaysia
#RayshaRizrose
    Guess Who challenge bersama @raysharizrose . Berapa ramai yang Raysha dapat teka? Lihat video penuh di www.eh.com.my. #ehmalaysia #RayshaRizrose
  • Elfira Loy antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan Elfira? dapatkan EH! Isu Julai 2018 nanti!  @elfiraloy #anugerahcantikeh2018
    Elfira Loy antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan Elfira? dapatkan EH! Isu Julai 2018 nanti! @elfiraloy #anugerahcantikeh2018
  • Nikmati bufet steamboat dengan pilihan makanan laut dan daging segar sambil menyaksikan persembahan tarian serta tayangan animasi 3D watak Po dan rakan-rakannya di @kungfupandakitchen yang terletak di Sunway Pyramid.
#ehmalaysia
#kungfupandakitchen
    Nikmati bufet steamboat dengan pilihan makanan laut dan daging segar sambil menyaksikan persembahan tarian serta tayangan animasi 3D watak Po dan rakan-rakannya di @kungfupandakitchen yang terletak di Sunway Pyramid. #ehmalaysia #kungfupandakitchen
  • Are you ready?  Coco Game Center, butik pop-up dengan tema arked boleh dikunjungi pada 28 April hingga 13 May 2018. Ya! Ia dibuka untuk orang ramai syaratnya anda hanya perlu mendaftar di laman web berikut:  http://chanelrsvp.my/cocogamecenter  #COCOGAMECENTERMY 
#COCOGAMECENTER 
@CHANEL.BEAUTY 
#ehmalaysia  Daftar sekarang! Jumpa di sana
    Are you ready? Coco Game Center, butik pop-up dengan tema arked boleh dikunjungi pada 28 April hingga 13 May 2018. Ya! Ia dibuka untuk orang ramai syaratnya anda hanya perlu mendaftar di laman web berikut: http://chanelrsvp.my/cocogamecenter #COCOGAMECENTERMY #COCOGAMECENTER @CHANEL.BEAUTY #ehmalaysia Daftar sekarang! Jumpa di sana

EH! Twitter

Ikuti @EHMalaysia!
  • Buat wanita yang idamkan bentuk payudara yang tegang sempurna, ini dia cara senaman yang boleh bantu anda realisasi… https://t.co/gDIXTYoA4Z
    · reply · retweet · favorite
  • Siapa agaknya yang paling kacak di dalam dunia? Lihat di rencana ini. https://t.co/tdLbk98VbJ
    · reply · retweet · favorite
  • Pasangan ibu dan anak di kalangan selebriti tempatan pun apa kurangnya. EH! himpunkan di rencana ini. Siapa yang pa… https://t.co/xE11oTunoe
    · reply · retweet · favorite
  • Peminat-peminat siri Netflix pasti kenal bintang-bintang kacak ini. Siapa yang paling anda suka? https://t.co/H4KeEpdydz
    · reply · retweet · favorite
  • Bila orang barat seboleh-boleh mahukan kulit tan, tetapi wanita Asia sentiasa berusaha untuk melindungi kulit dari… https://t.co/rdg0yXKVmo
    · reply · retweet · favorite
6154 mengikuti @EHMalaysia
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • DIY
    • Santai
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
  • Acara
  • Apa Kata Anda
  • Mutiara Kata
BluInc
  • Peluang Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Kembali Ke Atas

Copyright © Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K)
Hak Cipta Terpelihara