|
OH SERONOKNYA HARI RAYA SUDAH TIBA!
INILAH MASA UNTUK BERSAMA RAKAN DAN
SAUDARA-MARA. AYUH RAIKANNYA DENGAN
GEMBIRA, NAMUN MASIH KEKAL BERETIKA.
Selepas sepurnama menjalankan ibadat
puasa nan sarat hikmah dan berkat,
kini kita raikan kemunculan Aidilfitri
dengan gembira. Raikanlah kemeriahan
Hari Raya dengan cara dan gaya yang
betul, supaya kemeriahannya berganda.
Panduan ringkas menyambut lebaran
EH! kongsikan.
1) Walaupun sehari sebelum Hari Raya
anda penat mengemas rumah,
memasak atau pun memandu pulang
ke kampung, anda wajib bangun awal
dan bersiap-siap ke masjid menunaikan
solat sunat Aidilfitri. Begitu juga dengan
hari-hari seterusnya. Ruginya jika tidur
sahaja.
2) Sewaktu Hari Raya banyak
rancangan TV yang menarik. Tetapi
jika ingin menontonnya biarlah berpada-pada
jangan kerana TV anda hanya
duduk di rumah, tidak melawat saudaramara.
Lebih teruk lagi andai tetamu
yang bertandang dilayan sambil lewa
dek leka menonton TV.
3) Seeloknya rancang perjalanan
sebelum pergi melawat sudara-mara.
Hubungi mereka terlebih dahulu
supaya mereka boleh merancang
‘program’ Hari Raya mereka juga.
Tidaklah mereka ternanti-nanti.
|