1 | 2 | 3 | 4 | 5 
Simpan Duit Untuk....

SELAIN MEMBELI ASET SEPERTI RUMAH MAHUPUN MEMBUAT PELABURAN, TIADA SALAHNYA ANDA MENYIMPAN WANG UNTUK MEMANJAKAN ATAU MEMEWAHKAN DIRI. SEKALI-SEKALA TERINGIN JUGA KAN?

Penat bekerja siang dan malam, dan bila tiba hujung bulan menerima gaji, separuh daripadanya digunakan membayar hutang, sebahagian lagi disimpan. Seperti kata orang, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Tetapi sekali-sekala hendak juga memanjakan diri, membeli barang menggembirakan hati. Tetapi biarlah wang yang dilabur berbaloi. Alah membeli biarlah menang memakai.

1) HELAIAN ULANG PAKAI Bagi wanita anda disarankan melabur untuk sepasang gaun hitam atau dikenali sebagai Little Black Dress (LBD). Manakala lelaki pula digalakkan mempunyai sepasang sut yang berkualiti dari segi material dan potongannya. Oh, perempuan juga tidak salah melabur wang yang lebih membeli sut khususnya mereka di dalam bidang korporat.

2) AKSESORI Selain pakaian, anda juga digalakkan melabur wang membeli aksesori mewah. Jika berkemampuan anda boleh membeli barang kemas berasaskan emas kerana nilainya mungkin menjulang tinggi dan ia boleh diangkat menjadi item vintaj suatu hari nanti. Begitu juga dengan sepatu atau beg berjenama, selain cantik dan tahan lama walaupun dipakai berhari-hari, nasib anda mungkin bertuah kerana kebanyakan himpunan jenama mewah akan menjadi vintaj dan dicari orang lebih-lebih lagi jika ia adalah edisi terhad.

3) HOBI Jika anda mempunyai sebarang hobi khusus, apa kata anda menyimpan wang dan beli alatan berkualiti. Misalnya, jika anda penggemar sukan golf, apa kata sekali dalam beberapa tahun anda membeli kayu golf yang mahal. Begitu juga dengan kaki pancing, sesekali tentu teringin membeli joran yang mahal. Daripada anda kerap membeli yang baru, lebih elok simpan wang yang ada dan beli yang benar-benar berkualiti. Itu juga satu pelaburan bijak kerana digunakan selalu.

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2010