|
CARI SEKUNTUM
DALAM SETAMAN,
PILIH SATU DALAM
RIBUAN, ANTARA
KACA ATAU INTAN,
KEMILAUNYA SAMA
SEKASTA BUKAN...
PANDUAN KENALI PASANGAN
Kejayaan sesebuah percintaan atau
rumah tangga bergantung sepenuhnya
kepada sikap terbuka dan realistik.
Seandainya teman-teman pembaca
semua masih bertatih dalam perihal
mencari dan mengenali pasangan, selain
menilainya sendiri, anda juga boleh
mendapatkan info tentang pasangan
sama ada menerusi teman rapat atau
keluarganya.
TILIK PERSAMAAN:
1. Nilai keperibadian
yang diingini
Katakan anda
menyenangi suasana tenang dan
teratur, pastikan pasangan yang bakal
anda pilih nanti turut menyukai perkara
yang sama.
2. Lihat keserasian
Antara ciri yang
amat penting dalam memilih pasangan
adalah keserasian misalnya dalam
pergaulan jika anda suka menghadiri
majlis sosial (contohnya, majlis makan
malam) tetapi pasangan anda tidak
menyukainya, ia berkemungkinan
menimbulkan pertelingkahan.
3. Lihat dan sahkan kekuatan
serta kelemahan masing-masing
Lelaki menganggap dirinya lemah
tentang pengurusan rumah tangga
dan cenderung pula menganggap
pasangan atau bakal isterinya
berkebolehan dalam hal berkenaan
tanpa memastikannya terlebih dulu.
Andaian sebegini akan mendatangkan
risiko kerana lelaki dan wanita masa
kini cenderung memiliki minat yang
berbeza.
|