SARAT ILMU DAN TIP.
ITULAH YANG BOLEH
DISIMPULKAN MENGENAI
'MAKE ME GORGEOUS',
BENGKEL PERSONALITI
DAN IMEJ KELOLAAN EH!
YANG PERTAMA.
Sambutannya di luar
dugaan. Pertama kali
dianjurkan, maklum balas
yang diterima memang
memberangsangkan. Malah
tidak sampai satu jam status
Facebook EH! dikemaskini
dengan maklumat bengkel
ini, satu demi satu panggilan
diterima.
Dua hari sahaja penyertaan sudah penuh. Masakan
tidak, sementelah bayaran yang dikenakan hanyalah
RM20.00, lengkap dengan santapan tengahari dan
bingkisan menarik untuk dibawa pulang.
Program dimulakan dengan sesi grooming dan etika
bersama Aziah Jasmin Azizul Hassan dari Master Image
Trainer Star Studio Image Consultancy. Bekas hos TV3
ini sememangnya sarat ilmu dan pengalaman mengenai
grooming dan personaliti diri.
Antara tip menarik yang
sempat dikongsi ialah rahsia
menyelesaikan masalah pabila
‘bad hair day’ menjengah.
Caranya mudah sahaja, hanya
dengan menggunakan plastik
berbentuk separa bulat. Plastik
tersebut diletakkan pada
bahagian tengah kepala,
sasakkan rambut dan litupi
plastik tadi. Kemudian
semat rambut dengan rapi
menggunakan sepit. Hasilnya
rambut tampak lebih kemas,
rapi dan ada volum. Aziah
turut menyentuh pelbagai
aspek termasuk membina
keyakinan diri, memupuk
keselesaan pada bentuk
dan rupa serta cara
pembawakan diri termasuk
cara berjalan dan duduk
yang betul.
|