SMB IOMEGA
STORCENTER
Iomega memperkenalkan
StorCenter ix12-300r, alat
penyimpan dan pemantau bagi
kegunaan peniaga dalam apa
juga bidang perniagaan. Alat
yang diperkenalkan sekitar
pertengahan Mei lalu di Amerika
Syarikat kini menjadi nadi
baru kepada dunia
pengurusan perniagaan
alaf baru sekali gus
menjadi gantian kepada
keperluan tenaga
kerja pakar teknologi
maklumat. |
‘IDEAL
CELEBRITY
CHEF’ KEMBALI!
Rancangan
atau program televisyen masakan tidak pernah
surut penggemarnya. Menyedari permintaan
hangat penonton Malaysia kepada rancangan
dan program masakan, F&N Dairies (M) Sdn
Bhd membawa kembali rancangan realiti
masakan, ‘Ideal Celebrity Chef’. Musim kedua
ini menyaksikan persaingan antara 10 peserta
rancangan masakan dalam usaha merebut
gelaran Chef Selebriti Popular di samping hadiah
kemenangan bernilai RM30,000. |
SEMINAR UJI
PERISIAN
MALAYSIA 2010-
SOFTEC2010
Menurut Mastura Abu Samah,
Presiden kepada Badan Ujian
Perisian Malaysia (MSTB),
kegagalan perisian antara risiko
yang sering dihadapi
sektor operasi dan
perdagangan. Justeru,
Badan Ujian Perisian
Malaysia mengambil inisiatif
memantau dan memastikan
kesemua perisian atau
aplikasi yang bakal dijual
dan digunakan di Malaysia
menjalani ujian dan
disijilkan menurut piawaian
antarabangsa. |
NAMA BARU
INTERSOUNDS
UNDEFINITED
RECORDS
Mini
Auditorium MATIC Kuala
Lumpur menjadi saksi
majlis penjenamaan
semula (Re-Branding)
syarikat dengan nama
barunya INTERSOUNDS
di samping mengadakan
‘Mini Showcase IDHAM’
yang merupakan Artis pertama berada dalam
syarikat rakaman di samping
artis jemputan dari
INTERSOUNDS iaitu
BREAKFAST BAND.
Majlis ini juga turut
diserikan dengan
kemunculan RIZU
OIAM3 sebagai artis
jemputan. |