Saloma Rai Mempelai

CIPTA DETIK INDAH NAIK PELAMIN SECANTIK DEWI DAN SEMERDU IRINGAN SENIWATI AGUNG PUAN SRI SALOMA.

Apabila memilih lokasi kenduri kahwin, ambil kira keluasan dewan, pilihan pakej yang menarik, kesedapan makanan, nilai tambah yang ditawarkan dan tidak terkecuali keluasan tempat letak kereta. Kemudahan ini antara kriteria penting agar setiap ringgit yang dibelanjakan berbaloi.

Antara restoran di tengah kota yang menawarkan pakej perkahwinan adalah Saloma Theatre Restaurant. Boleh menempatkan 30-35 meja, hari ini pakej perkahwinan Saloma dilengkapi dengan suite di Hotel Concorde Kuala Lumpur buat mempelai. Suite yang ditawarkan ditata hias dengan dekorasi indah, di samping minuman ‘sparkling juice’, ‘pralines’, buah-buahan dan sarapan untuk dua orang.

Di majlis hari langsung pastikan anda tidak diganggu risau perihal hiasan. Kebanyakan pakej Saloma merangkumi gubahan meja beradab, ukiran ais penuh seni, backdrop tertulis nama pengantin, kek dummy lapan tingkat, sepasang bunga manggar, pintu gerbang berhias bunga segar termasuklah ruang letak kereta khas, minuman pengantin, permaidani merah, cenderamata dan pilihan minuman kordial oren, sirap selasih atau sirap bandung untuk tetamu.

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2010