Aida Azman dan Farhana Nabila, Pemenang EH! Influencer Search 2020

EH! Influencer Serach yang bermula sejak Ogos lalu kini sudah menemui gerangan yang kami cari, baik influencer untuk kategori fesyen mahupun kecantikan. Kami percaya kedua-dua pemenang yang terpilih ini punya potensi untuk mengembangkan lagi keupayaan mereka menghasilkan inti pati media sosial yang berkualiti dan tersendiri.

Annisa Aida Azman (@ai_duh) berjaya menewaskan sembilan finalis lain untuk bergelar pemenang kategori fesyen. Selain kreatif menghasilkan video, interaksi atau engagement pengikutnya di Instagram juga menyakinkan. Dengan kemenangan inim gadis yang mempunyai lebih 18 ribu pengikut di Instagram ini akan menjalin kerjasama dengan Fossil untuk menghasilkan content istimewa bersama.

Bagi kategori kecantikan pula, juri sepakat memilih Farhana Nabila Rosman (@mariofav) sebagai pemenang. Gadis yang baru berusia 23 tahun ini mempunyai bilangan lebih 18 ribu pengikut di Instagram akan menjalin kerjasama dengan The Face Shop untuk kolaborasi digital eksklusif. Peluang ini dilihat sebagai satu platform terbaik untuk mengembangkan lagi potensi dirinya sebagai ‘influencer’.

Kedua-dua pemenang EH! Influencer Search juga berpeluang muncul di halaman majalah EH! selain sokongan content mereka di media sosial EH! Pencarian ini mendapat kerjasama Fossil dan The Face Shop serta dua juri undangan kami yakni Ain Edruce dan CIk manggis (De Fam).

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link