EH! x FashionValet

Kuala Lumpur, Ogos 2016 – Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah majalah, stor beli-belah online dan tiga selebriti bekerjasama untuk satu kolaborasi fesyen istimewa. Lisa Surihani, Nabila Huda dan Scha Alyahya bersama FashionValet serta EH!, majalah Urban No 1, menggabungkan variasi ilham untuk himpunan EH!xFashionValet.

 

“Tiga selebriti berbeza personaliti menjadi pilihan. Rekaan Lisa mengetengahkan gaya cukup feminin, Nabila Huda menonjolkan karakter edgy ala bohemian yang sememangnya menjadi kesukaannya dan Scha pula memercikkan elemen maskulin dalam himpunan minimalisnya”, ujar Khairul Abidin, Editor majalah EH!.

 

Walaupun ketiga-tiga selebriti memiliki gaya dan pesona berbeza, mereka adalah penggemar fesyen dan sudah punya nama yang kukuh dalam industri hiburan tanah air. Koleksi selebriti ini mempunyai konsep dan gaya tersendiri dimana setiap keluaran mereka  berjumlah 7 hingga 10 helai rekaan setiap seorang.

 

E-0029

E-0141

E-0359

E-0217

 

“FashionValet sudah berkolaborasi dengan ramai pereka fesyen, tapi belum pernah kami bekerjasama dengan mana-mana majalah. Dan lebih istimewa kali ini dengan bukan seorang, bukan dua tapi tiga selebriti sekaligus. Saya patut berterima kasih kepada EH! kerana memilih FashionValet untuk kerjasama ini”, kata Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.

 

Koleksi EH! X FashionValet akan dipentaskan buat kali pertama di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016(KLFWRTW) pada 21 Ogos 2016, jam lima petang. Koleksi ini akan dijual secara eksklusif di Fashion Valet (http://www.fashionvalet.com/) selepas pertunjukan fesyen tersebut.Nantikan pengumuman dari kami kerana anda berpeluang  untuk menangi helaian eksklusif dari koleksi EH! x FashionValet serta pas eksklusif ke pertunjukan fesyen EH! x FashionValet di KLFW!

 

Baca temubual eksklusif bersama Vivy, Lisa, Nabila dan Scha di EH! Edisi Ogos.

E-0312

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link