Magical Wedding Showcase Pertama oleh New World Petaling Jaya Hotel

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berita baik buat bakal-bakal raja sehari! Jika anda masih lagi buntu kala merancang majlis perkahwinan istimewa anda, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke wedding showcase pertama yang diadakan oleh New World Petaling Jaya Hotel.

 

 

Bakal berlangsung pada 7 Julai 2019 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, Magical Wedding Showcase ini akan diadakan di Grand Ballroom yang menempatkan sehingga 1,000 orang tetamu. Di wedding showcase ini anda berpeluang untuk bertemu dengan 34 profesional tempatan dalam dunia perkahwinan termasuk jurugambar, ahli muzik, penata majlis dan dekorasi serta penjual bunga.

Di sini juga anda berpeluang untuk mencedok idea-idea baru khas untuk majlis anda sendiri selain mendapatkan khidmat profesional yang boleh membantu anda merealisasikan majlis perkahwinan yang penuh unik dan peribadi.

 

Selain itu juga, anda turut berpeluang untuk menyertai sesi perbincangan oleh perancang perkahwinan terkenal Stephen Foong yang berkolaborasi dengan organisasi persekitaran WWF tentang trend perkahwinan mesra alam serta mampan.

 

Magical Wedding Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan live band dan pemberian cabutan bertuah khas buat pengunjung yang hadir. Malah 10 pasangan pertama yang menghantar RSVP di Magical Wedding Showcase dalam talian juga bakal menerima sesi penggambaran 30 minit secara percuma bernilai RM800.

 

Antara vendor yang bakal membuka booth di acara ini termasuk Acadia, Arifah Hot Oven, Bridals & Makeup by Eleena Lamat, Click4Loves Photography, Dennis Yap Photography, Evangeline Craft, Forever Valentine Weddings, Hooray Decoration & Design, Pernod Ricard,Stephen Foong Wedding Planner, Tagbooth Photobooth, Te’amo MY dan ramai lagi.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link