Raikan Hari Wanita Sedunia bersama kami!

Bersempena acara Blu Inc Celebrating Women, lagu berjiwa ‘femme power’ yang baru berjudul Istimewa akan dipersembahkan secara langsung oleh Dayang Nurfaizah.

 

 

Buat julung kalinya Bluinc akan mempersembahkan video muzik Istimewa di layar skrin besar Pavilion Kuala Lumpur ketika acara itu berlangsung. Neelambika, pejuang anti keganasan rumah tangga akan membacakan petikan daripada bukunya ‘Taking Charge of My Life’, menceritakan pengalaman beliau menjadi mangsa penderaan juga kejayaan beliau mengatasinya. Selain itu, pengunjung yang hadir boleh menikmati gerai pop-up oleh jenama terkenal; L’Oréal Paris berdekatan Acme Bar & Coffee, di mana anda juga boleh dapatkan tatarias ringkas daripada mereka! 

 

Selepas perasmian acara ini, Bluinc akan mengadakan tayangan perdana filem Captain Marvel @ GSC Pavilion khas kepada tetamu jemputan yang hadir. Oleh itu, jika anda atau rakan berminat untuk menjadi sebahagian daripada acara ini, sila hantarkan entri kepada [email protected] sebelum 5 Mac! Tempat duduk adalah terhad jadi pastikan anda hantar hari ini! Hanya pembaca terpilih akan dimaklumkan.

Blu Inc Media, yang terdiri daripada EH, Cosmopolitan, Cleo, Her World, Female, Jelita, The Malaysian Women’s Weekly, Shape, GLAM, GLAM Lelaki, Harper’s Bazaar, Nuyou, Icon, The Peak, GLAM Deko dan Home & Décor memulakan usaha bersepadu ini sempena meraikan Hari Wanita Sedunia 2019. Sambutan yang meriah ini juga akan memperlihatkan pameran kata-kata inspirasi oleh wanita-wanita yang terkenal di sekitar kawasan Pavilion Kuala Lumpur antara 1 sehingga 15 Mac.

 

Jangan lepaskan peluang merakam ‘shoefie’ atau swafoto bersama petikan yang tertera bersama hashtag #BluIncIWD2019 serta #TahanLasak untuk memperkukuhkan pendirian anda bagi kaum wanita, dan kongsikan coretan anda kepada kami!

 

Ayuh, lantangkan suara wanita anda!
#lorealparismy #EHMalaysia#bluinciwd2019 #TahanLasak

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link