Stranger Things Muncul Di Good Vibes Festival. Get ready with Your camera!

Siri hangat Stranger Things yang sudah masuk musim ketiga bakal melatari ruang Good Vibes Festival 2019. Anda yang bakal berhibur di festival muzik paling dinanti itu akan berpeluang merasai pengalaman menarik menerusi installation yang dibina khusus untuk festival ini. Booth untuk siri popular Netflix ini akan dilengkapi dengan beberapa set ikonik The Stranger Things dari musim pertama hinggalah yang terbaru.

 

Gambar: Courtesy of Netflix

 

Antara set ikonik yang akan dihidupkan di Good Vibes Festival nanti ialah ruang tamu Joyce Byer (musim pertama), yang mana bagi penggemar siri ini tentunya tidak akan melupakan lampu-lampu yang melatari ruang tersebut. Get ready with your camera kerana ruang ini pastinya cukup instagram-able.

 

Jika anda penggemar musim kedua The Stranger Things tentu anda familiar dengan palace arcade dalam adegan-adegan utama siri ini. Permainan popular di palace arcade akan membuat kemunculan seperti Dig Dug, Galaga, Pac-man dan Donkey Kong.

 

 

Gambar: Courtesy of Netflix

 

 

Sebagai kelainan Netflix juga bawakan artis kelahiran Pulau Pinang, Ong Lyn-Hui yang akan berkongsi intrepetasinya sendiri tentang The Stranger Things menerusi karya jemari emasnya.

 

 

Gambar: Courtesy of Netflix

 

Jadi jika anda ke Good Vibes hujung minggu ini jangan lepaskan berkunjung ke booth The Stranger Things dan rakamkan gambar anda di sana. Hei usah lupa tanda pagarnya #StrangerVibes dan tag @netflixmy dan semestinya @ehmalaysia.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link