Energy Baharu Glacier Blue Dan Kematangan Kucaimars

 

Teks, Konsep & Penyelaras ; Razin Mohd / Gambar : Ikie / Penata Gaya : Naz Living Style / Grooming : Sahir Sabri / Pakaian : Neonate Clothing Company

 

Jejaka yang memiliki raut wajah manis ini kian mendapat tempat di dalam industri hiburan dan hari ini nama Kuchaimars semakin bersinar dan mendapat perhatian ramai dengan karakternya yang riang dan bersahaja. Jika melihat dia di media sosial, dia sentiasa ada idea untuk menghiburkan peminatnya, ada sahaja perkara yang dia mahu cuba lakukan untuk mengundang gelak ketawa, mungkin ini antara cara dia untuk lebih dekat bersama peminat dan melayan setiap dari mereka seperti kawan.

Istimewa bersama keluaran komputer riba gaming baharu dalam perincian yang futuristik ROG Glacier Blue dari ASUS, EH! dengan rasa cukup teruja mengetengahkan jejaka muda ini dan ketahui tentang perkembangan kariernya dan juga minatnya terhadap komputer riba serba biru ini.

 

Apa yang Kucai sedang rancangkan untuk tahun 2020 akan datang?

Antara highlight yang Kucai sangat teruja tahun depan adalah penglibatan Kucai dalam slot drama bersiri di dalam Mega Drama yang bakal mula berlangsung pada Mac tahun hadapan.

Sepanjang karier apa hal atau perkara yang mencabar bagi Kucai?

Nak kata yang paling mencabar bagi kucai mungkin semasa didalam pertandingan Big Stage. Sejujurnya Kucai memang tidak pernah langsung melibatkan diri dalam apa-apa pertandingan dan semasa di dalam program Big Stage ini banyak perkara yang mencabar. Antaranya bila perlu generate idea dan dapat genre lagu yang tidak pernah dinyanyikan. Juri-juri yang hebat juga betul buat Kucai rasa gementar.

Genre lagu yang Kucai mahu cuba untuk keluaran lagu akan datang?

Kucai sememangnya sedang obses dengan irama lagu jenis pop, lagi-lagi bila rentaknya addictive bila di dengar dan mudah diterima ramai. Mungkin ini direction yang Kucai mahuketengahkan selepas ini.

 

 

Apa komen Kucai tentang industri muzik hari ini?

Bagi Kucai seronok dapat lihat ramai penyanyi dan mula berkesperimen dan degupan lagu yang catchy dan semsetinya mudah diterima dan senang diingati khususnya for our local crowd, ini juga inspired me to create a better song.

Bagaimana media sosial membantu kucai untuk menjadipenghibur hari ini?

Saya mula dikenali menerusi media sosial, dari rakaman lagu cover. Sekarang vibe media sosial semakin meningkat dan apa sahaja benda baharu lebih mudah diekses. Dan benda itu bagi Kucai amat membantu buat selebriti baru seperti saya. Saya sentiasa mencari idea untuk hasilkan posting yang menarik.

Adakah Kuchai seorang yang ‘tech savvy’?

I would say YES! Sebab saya seorang yang sentiasa ada rasa mahu tahu dalam kepala, jadi apa sahaja item peranti baharu yang keluar saya mesti akan Google, mahu tahu apa perisiannya, teknologi dan kemudahan yang ada.

 

 

Bagi Kucai apa teknologi dan kepentingan yang perlu ada dalam setiap komputer riba?

Pertama ia perlu laju, perlu padat dengan sistem memori dan ram yang tinggi supaya tiada masalah legging kalau menggunakannya.

Kucai sering menggunakan komputer riba untuk apa?

Selain menggunakanya untuk menonton movie dan siri di Netflix, komputer juga jadi item yang saya seringkan guna untuk hal kerja, especially dalam menyimpan lagu, menulis lirik atau mencari idea dan rujukan lagu baharu.

Apa game komputer yang amat addictive bagi Kucai?

Sebabkan saya gemarkan bola sepak, game FIFA adalah antara satu game yang tak pernah membosankan.

Apa pendapat kucai tentang komputer riba Asus Glacier Blue?

Saya terkejut bila mendapat tahu ini adalah komputer riba untuk gaming. Tidak pernah saya sangkan komputer untuk gaming boleh jadi sleek dan elegan dalam warna biru. Semasa menggunakannya juga rasa selesa, tidak terlalu bulky, nipis, mudah dibawa, dan keyboard dia juga selesa di tekan. Lampu LED di bahagian keryboard yang boleh diubah dan di bahagian bawah komputer ini juga antara elemen yang menarik, nampak futuristik seperti komputer riba yang dihantar dari masa hadapan.

Adakah Kucai berpotensi untuk meluangkan masa untuk mencuba game online secara live bersama peminat?

Ya, saya banyak terdengar tentang perkara ini, tetapi masih belum berpeluang untuk mencubanya. Jika ini cara baharu untuk saya mendekati peminat, definitely a worth to try!

 

 

SENSE OF COOL

Komputer riba Asis Glacier Blue dihasilkan khas buat gamers juga buat anda yang mencari komputer riba yang punya kepantasan dan memori dalaman yang besar. Dihasilkan bersama kumpulan ROG (Republic  Of Gamers) setiap perincianyang diketengahkan di dalam komputer serba biru ini tampil dengan kemudahan dan perisian yang wajib ada buat komputer gaming masa kini. Tampil dalam reka bentuk aluminuium, Asus mencipta komputer ini dalam inspirasi cooling yang ringan dan mudah dibawa. Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan komputer baharu klik link di sini .

Share via
Copy link