10 Sebab Mesti Kunjungi Dubai

Oleh: Farhana Fuad

 

1

Gambar: rudi.net

 
Apa kata jadikan Dubai salah satu destinasi mesti kunjungi dalam wish-list kembara anda? Ibu kota yang pesat membangun ini terletak dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pantai tenggara Teluk Parsi, Semenanjung Arab. Oleh kerana kepesatan prasarana serta landskap kota ini yang berubah dari sebuah banda pinggir laut yang kecil kepada kota metropolitan membuatkan ia sebagai destinasi pelancongan terunggul di kalangan negara-negara Arab. EH! ingin berkongsi 10 sebab anda juga mahu sertakan Dubai sebagai salah satu destinasi dalam perancangan nanti.
 
 
2

Gambar: anothersomething.org

1. Bangunan tertinggi di dunia

Burj Khalifa atau juga dikenali sebagai Burj Dubai adalah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia buat masa ini. Dengan ketinggian 829.8 meter ia dilengkapi dengan hotel dan kediaman mewah.
 
 
3

Gambar: fox-actors.blogspot.com

2. Ski pasir dan snow ski

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ski pasir di Dubai. Bermain ski pasir di Dubai adalah satu pengalaman yang unik diadun dengan bahang padang pasirnya sambil menikmati keindahan ibukota indah ini. Tidak lupa juga, Dubai juga terdapat snow ski indoor di sebuah pusat membeli belah yang terbesar Mall of the Emirates.
 
 
4

Gambar: www.desertsafaritoursdubai.com

3. Menunggang unta

Sambil menikmati keindahan padang pasir yang terbentang luas berbukit-bukit, menunggang unta boleh membuat anda rasa terpegun dengan keunikan budaya di negara Arab ini.
 
 
5

Gambar: dubairacingclub.com

4. Dubai World Cup

Dubai Tennis Championship dan Dessert Classic Golf Championship diadakan pada bulan Februari, World Cup Horse Racing Carnival pula pada bulan Mac dan Dubai Rugby Sevens diadakan setiap Disember. Dubai secara tidak langsung menjadi tumpuan peminat sukan dan selebriti di seluruh dunia.
 
 
6

Gambar: dubairesidents.blogspot.com

5. Santapan mewah

Sediakan USD90 jika ingin menikmati teh dan hidangan scones di lobi Burj Al-Arab, antara hotel termahal di dunia. Nikmati hidangan minum petang dengan pemandangan Dubai berlatar lautnya di tingkat 122 Burj Al-Arab.
 
 
7

Gambar: chriscypert.com

6. Talise Spa

Santai dan relaks di Talise Spa yang terletak di Hotel Madinat Jumeirah. Dilengkapi dengan kolam renang khas untuk wanita sahaja, hidangan makan tengahari yang dihantar, berendam di dalam tab panas, atau mungkin menyertai kelas yoga yang disediakan. The Ritz Carlton spa juga sangat popular di Dubai dengan keistimewaannya dengan pengalaman mandian Hamam.
 
 
8

Gambar: lonelyplanet.com

7. Syurga rempah ratus

Jangan lupa berkunjung ke kawasan Deira, Dubai Creek, bersebelahan dengan bazar emas kerana di situlah terletaknya penjualan rempah ratus serta bahan eksotik yang pelbagai jenis, rona dan bau yang pasti buat anda teruja untuk meneroka seluruh souk.
 
 
9

Gambar: commons.wikimedia.org
Bot tradisional abra semurah RM0.89sen

 
 
10

Gambar: trip2desertsafari1blog.wordpress.com
Dhow Cruise menyediakan hidangan makan malam yang boleh anda santap dengan melihat keindahan Dubai di waktu malam.

8. Pelayaran di sungai Dubai

Pengalaman yang paling mengujakan dan juga sangat murah di bandar ini adalah menaiki bot tradisi Abra untuk menyeberangi sungai tersebut hanya dengan satu dirham sahaja (bersamaan dengan RM0.89). Bahkan, pengunjung juga boleh menikmati santapan makan malam di atas boat cruise yang terbuka sambil menunggu perjalanannya dari bandar Bur Dubai ke kawasan yang di mana terletaknya kawasan terawal di teroka serta bazar tradisionalnya.
 
 
11

Gambar: public.fotki.com

9. Tarian pancutan air

Jangan lepaskan peluang untuk melihat pertunjukan air pancut setinggi 150meter yang mengikut irama muzik yang berlampu terletak di perkarangan Burj Khalifa.
 
 
12

Gambar: fivestarhotels.uk.com

10. Kolam semulajadi Hatta Rock

Bulan yang disyorkan untuk ke kolam Hatta adalah pada bulan Oktober hingga April. Kolam ini adalah kolam semulajadi yang terletak di Gunung Hajar yang memakan masa 90 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Dubai.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link