AirAsia Buka Pentas Peragaan Pereka Muda

Oleh: Farhana Fuad

 

 

AirAsia (klfw)

Gambar: AirAsia 

 

Berita gembira buat pereka fesyen muda kerana kali ini AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia melancarkan program AirAsia Runway Ready Designer Search. Seramai 10 orang pereka muda bakal memperaga rekaan mereka pada minggu fesyen KLFW RTW 2015 nanti pada 16 Ogos.

 

Kali ini, AirAsia merupakan syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW. Kerjasama AirAsia bersama penganjur KLFW bertujuan bagi membantu platform bagi bakat pereka fesyen muda tidak kira dari dalam atau luar negara.

 

10 orang pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga yang terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini serta bakal memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015′. Bahkan 10 pereka fesyen muda juga berpeluang membawa pulang hadiah lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 Airasia BIG Points setiap seorang serta banyak lagi.

 

Ditambah lagi 10 orang pereka fesyen muda ini berpeluang untuk berjumpa dan mempelajari dari pereka fesyen yang sudah terkemuka di rantai ini. Pencarian pereka fesyen muda ini adalah terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen formal atau tidak dan mestilah tidak melebihi 28 tahun pada tahun ini.

 

Bagi mereka yang berpeluang memasuki Top 25 akan disenaraikan pendek dan akan dihubungi semula bagi mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan hakim. Tiga orang panel hakim sudah dipilih antaranya termasuklah pemain industri feysen berpengaruh’ Khoon Hoi dan Jovian Mandagie serta Khairul Abidin Ishak, editor Majalah EH!. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertemakan Asean.

 

Buat mereka yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di muat turun di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00petang pada 12 Jun 2015.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link