Akademi Fantasia 2016, Amir Syazwan Dinobatkan Sebagai Juara

Program realiti Akademi Fantasia (AF) tahun ini menobatkan Amir Syazwan sebagai juara musim ini di konsert akhir yang berlangsung malam tadi.

 

amir33

Gambar : www.mstar.com.my

 

Konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi turut mengumumkan pemenang tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima. 

 

Yang mana tempat kedua adalah Mohamad Ammal Shafiq Osman (Amal), ketiga disandang Kareshma Martin John Patrick (Reshma), keempat ; Nurfarrah Izzatie Johari (Ara) dan kelima ; Nur Hafizah Longkip @ Thomas (Afi). 

 

Amir yang merangkul sebagai juara pada malam kemuncak AF semalam membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000, sebuah trofi dan kredit membeli-belah sebanyak RM5,000. Dia turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Fantasi D Herbs.

 

Amal yang berada di tempat kedua menerima wang tunai RM20,000, trofi dan kredit beli-belah bernilai RM4,000. Reshma pula mendapat RM15,000, trofi dan kredit beli-belah RM3,000. Manakala Ara pula membawa pulang RM10,000, trofi dan kredit beli-belah sebanyak RM2,000.

 

Di konsert akhir itu, kesemua pelajar AF diminta untuk membawa dua buah lagu yang mana sebuah lagu adalah lagu cover dan sebuah lagi adalah lagu terbaru dari mereka.

 

Tahniah buat Amir dan kesemua pelajar yang lain untuk kemenangan di Akademi Fantasia kali ini!

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link