Apple Lancar iPhone 6 dan Apple Watch

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: www.apple.com

 

Screen Shot 2014-09-10 at 11.23.42 AM

 

 

 

Semalam 9 September merupakan hari yang dinanti-nantikan bagi semua penggemar barangan ciptaan Apple Inc di seluruh dunia. Apple Inc berjaya melancarkan ciptaan hebat terbaru mereka kali ini iPhone 6 yang mempunyai dua saiz yang berbeza dan Apple Watch.

 

Iphone 6 hadir dengan dua saiz yang berbeza iaitu dengan iPhone 6 bersaiz 4.7 inci dan iPhone 6 PLUS bersaiz 5.5 inci. Bentuk rekaan terbaru yang lebih nipis dan berbentuk melengkung di bahagian tepi menjadikannya satu gajet yang pastinya diidami ramai. Bahkan permukaan gajet pintar ini juga dilengkapi permukaan yang lembut dari metal serta Retina display yang memainkan video dengan full HD seolah melihat dengan mata secara langsung.

 

Dengan dilengkapi cip A8 dan prosesor M8 menambahkan lagi kehebatan iPhone 6 yang bermula penjualan secara tempahan awal bermula 12 September nanti di laman web Apple. Kali ini, satu lagi kehebatan iPhone 6 berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini adalah dengan dilengkapi Focus Pixels pada kamera belakang serta Time-Lapse pada ciri-ciri penggunaan kamera belakang.

 

Tambahan lagi kini kemudahan untuk membeli-belah tanpa menggunakan tunai atau pun kad kredit mahupun debit kerana gajet pintar ini juga dilengkapi dengan sistem cap jari untuk memudahkan anda membeli-belah dengan menggunakan aplikasi pembelian dengan cap jari. Ia dijamin selamat dan mudah.

 

Screen Shot 2014-09-10 at 12.07.38 PM

 

Pelancaran kali ini sememangnya lebih gah kerana sekaligus dengan kehadiran Apple Watch. Apple watch hadir dengan tiga koleksi yang berbeza iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition dengan strap yang berbeza dan pelbagai rona dan bentuk. Apple Watch juga hadir dengan dua saiz yang berbeza iaitu 38mm dan 42mm ketinggian. Keluaran berinovasi tinggi untuk generasi baru ini sungguh mengagumkan kerana ia menghubungkan antara iPhone dan Mac. Bahkan pengecas bateri untuk Apple Watch juga dicipta dengan rekaan yang maksima inovasi.

 

Screen Shot 2014-09-10 at 11.46.33 AM

 

Ianya dilengkapi dengan ciri-ciri aplikasi untuk bersukan yang sekaligus mengawal aktiviti kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan, menjawab panggilan, dan pelbagai lagi kemudahannya yang pasti ianya memudahkan kehidupan seharian anda. Bahkan ia juga mempunyai sistem navigasi untuk memudahkan kemudahan anda ke mana jua. Apple Watch dan iPhone 6 juga bakal dilengkapi dengan ios8 yang juga bakal di lancar seiring dengan semua produk Apple yang boleh di upgrade tidak lama lagi. Apple Watch bakal menggegar pasaran teknologi dunia pada tahun 2015 akan datang. Nantikan kehadirannya di pasaran tidak lama lagi.

 

Screen Shot 2014-09-10 at 11.44.31 AM

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link