Belakang Tabir Video Muzik Baru Kaka, Terima Kasih

 

cover single Terima Kasih

 

Terima Kasih menjadi buah tangan baru kaka Azraff. Lagu yang digarap sepenuhnya oleh Muhammad Alif Abdullah ini adalah hasil kolaborasi bersama Uprising Entertainment Sdn. Bhd. bersama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (WMM).

 

Kaka masih mengekalkan pemilihan Ghaz Abu Bakar sebagai pengarah video muzik Terima Kasih, pemilihan ini pastinya berdasarkan kecemerlangan video Bukan hal Aku yang juga mendapat sentuhan penagarah terkenal itu. Penggambaran dilangsungkan sepenuhnya Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Kuala Lumpur dengan seramai 15 tenaga produksi.

 

“Selepas Bukan Hal Aku, saya mahu ada kesinambungan untuk Terima Kasih dan kemungkinan seterusnya untuk single Kaka selepas ini dengan memaparkan imej lebih kurang sama dan berkonsep konsisten. Saya turut menampilkan Terima Kasih dalam versi minimalis di samping menerapkan teknik double exposure pada satu tahap lain bertujuan menyuntik impak lebih baik yang belum pernah disaksikan oleh penonton di Malaysia dalam video muzik tempatan,” ujar Ghaz.

 

“Dalam video muzik ini, saya ditampilkan dalam tiga imej berbeza. Pertama, saya muncul dalam stail edgy yang berlainan dengan sebenar saya. Kedua, fesyen lama yang digayakan semula dalam zaman ini. Dan terakhir, fesyen zon selesa yang merupakan gaya peribadi saya,” jelasnya yang mengharapkan respons positif dan berharap agar Terima Kasih bakal diterima dengan lapang dada oleh penikmat muzik tanah air.

 

Jurusolek selebriti terkenal, Emmy Agung yang digandingkan bersama Juno Ko sebagai penata rambut tidak ketinggalan berkongsi konsep dandanan untuk video muzik ini, “Saya menggabungkan elemen Jepun dan purba Mesir dengan meletakkan keseimbangan di antara mekap dan rambut. Tidak hanya itu, saya mengekalkan tona hitam untuk setiap stail Kaka bertujuan memberi impak yang lebih bermakna.”

 

Kepada peminat Kaka di luar sana, jangan lupa untuk menyaksikan video muzik Terima Kasih yang bakal dilancarkan secara eksklusif di YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Ogos ini. Sebelum itu kita nikmati video teaser dan belakang tabir pembikinan video muzik Terima Kasih.

 

EH! kongsikan gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video Terima Kasih di bawah.

 

????????????????????????????????????

 

DSC_4036

 

DSC_4068

 

DSC_4202

 

DSC_4256

 

EH! kongsikan juga video teaser serta belakang tabir video muzik Terima Kasih untuk tontonan anda.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link