Bingkisan Istimewa Buat Hari Bapa

Oleh: Farhana Fuad

 

 

02F18911

Gambar: INGimage

 

Tatkala mengingatkan segala pengorbanan seorang bapa buat keluarga dan anak-anaknya, ianya amat berharga dan tidak terhitung jasanya. Melihat sahaja gelagat aksi selebriti lelaki Hollywood bersama anak  sudah mampu buatkan hati tersentuh melihat dan mengimbas segala pengorbanan seorang bapa bertanggungjawab.

 

Siapa dia lelaki Alpha? Lelaki Alpha boleh dikait rapatkan dengan seorang bapa yang memikul beban sebagai ketua sebuah kekeluargaan serta menjadi punca rezeki membesar dan menanggung segala isi rumahnya, pastinya mereka perlukan penghargaan walaupun hanya dengan sebingkis hadiah istimewa.

 

EH! kongsikan hadiah-hadiah cool yang mungkin anda boleh pertimbangkan buat hari bapa.

 

 

1. Set lengkap L’Occitane yang diperkaya dengan kandungan Cedrat untuk penjagaan kulit menyeluruh hadir dalam dua pakej. Set pertama dilengkapi dengan pencuci wajah, gel wajah dan gel pencukur. Set kedua pula cukup sempurna dengan parfum EDT 100ml serta deodoran.

 

cedrat for him 1

Gambar: L’Occitane

 

cedrat special 1

Gambar: L’Occitane

 

2. Buat bapa yang gemarkan sukan golf, sudah pastinya mampu buatkan si bapa tersenyum menghargai jika anda menghadiahkan pakej lengkap percutian golf buatnya di hari bapa kali ini. Sedikit sebanyak memastikan si bapa sentiasa dalam keadaan aktif dan sihat sepanjang masa dengan aktiviti riadah.

 

02E99664

Gambar: INGimage

 

3. Set lengkap joran pastinya buatkan si bapa menghargainya dengan sepenuhnya. Ianya sesuai si bapa yang gemar akan sukan memancing. Ia bukan hanya mampu buatkan si bapa terharu, malah mampu buatkan mereka sentiasa terisi masanya dengan aktiviti yang berguna dan mengeluarkan peluh apatah lagi jika ianya sesi memancing bersama anda.

 

02G68968

Gambar: INGimage

 

Juga anda boleh melanggan selama setahun mana-mana dua majalah kegemaran edisi digital di link di bawah dengan harga promosi RM22 sahaja sempena hari bapa.

 

11425107_923028467740256_6755473765186545385_n

 

Langgan segera! Promosi sah sehingga 15 Julai 2015

 

Klik www.magzter.com/SPH/JUSTFORDADS untuk miliki tawaran ini sekarang!

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link