“Bisnes Buat Hubungan Saya Sekeluarga Rapat,”- Neelofa

Saya mula bertemu Neelofa sekitar bulan Julai tahun 2011. Waktu itu untuk penggambaran cover sulungnya bersama EH! Bertempat di White Studio, sama juga seperti penggambaran kali ini, berlangsung lewat petang. Ketika itu dia ditemani adik Shahz Jaszle.

 

eh3741

 

Teringatkan pengalaman waktu itu saya bertanyakan padanya, apa bezanya dia hari ini berbanding awal-awal terjun ke industri. Bilang Neelofa pada saya, dia bermula naif. Masih tercari-cari identiti.

 

“Waktu itu I don’t know the game yet. Semuanya bermula naif, clueless. Kalau nak dibandingkan hari ini dengan dulu, kini saya lebih selesa dengan diri saya. Saya sebenarnya orang yang simple dan loving. Selepas enam tahun dalam industri saya sudah faham rentak, saya tahu bila masa saya patut step in dan bila ketikanya untuk saya step out. Hari ini saya lebih menghargai freedom dan kebebasan yang datang. Jadi jika ada peluang untuk bersendiri, saya gunakan sebaiknya. Itulah waktu yang buat saya cukup selesa.”

 

Kata Neelofa lagi, kalau diberikan peluang untuk memutar kembali waktu, dia tidak mahu menjadi selebriti. Liku-liku hidup sebagai seorang yang dikenali bukan senang.

 

“Perjalanan yang saya lalui tak mudah. Kalau ada sepupu atau kawan-kawan yang mahu terjun ke bidang ini saya akan cakap pada mereka ‘appreciate your life’. Privasi tiada. Hanya yang betul-betul kuat saja mampu bertahan. Tak kuat memang tersungkur.”

 

“Sejak kecil lagi saya memang mahu bergelar businesswoman. Cuma saya tak pasti cara dan laluannya. Sejak dulu lagi saya tahu I’ll end up involve in business cuma mungkin tangga-tangga untuk saya mulakan perniagaan berbeza. I always have a dream untuk memiliki satu produk yang orang tak tahu pun tu saya yang punya. Satu hari nanti mungkin. Kalau ada team kerja yang bagus why not kan?”

 

Ya, pasti seronok melihat penerimaan orang terhadap satu-satu produk ciptaan selebriti yang tidak diketahui orang di belakangnya. Sama juga macam sesetengah jenama lain, ada sebahagiannya sengaja menyembunyikan dari mana asalnya kerana sesetengah pembeli skeptikal dengan jenama buatan tempatan.

 

Dan kerana itulah banyak juga produk ciptaan tempatan menggunakan nama, kempen juga pembungkusan dalam gaya yang lebih bersifat global.

 

eh3820

 
Bila disuakan pertanyaan tentang momen terbaik dalam hidupnya setakat ini, dengan pantas dia menjawab “right now!”. Tegasnya, apa yang dia miliki hari ini adalah yang terbaik setakat ini.

 

I have a big family. Dulu masing-masing buat hal sendiri. Tapi hari ini sejak kami memulakan perniagaan bersama hubungan itu bertambah akrab. The bonding getting closer kerana setiap orang mencurah keringat bersama. Misalnya saya makin kenal kakak saya, hari demi hari banyak benda yang saya discover tentang dirinya.”

 

“Dulu-dulu masa kecil biasalah kita berangan nak kahwin orang kaya yang banyak duit dan punya banyak kereta. Tapi hari ini bila you dapat semua benda tu atas usaha sendiri, you akan rasa itulah the best feeling in the world,” ujarnya lagi.

 

“Bagaimana pula waktu yang benar-benar menduga?” saya menyambung.

 

“Mungkin waktu mula-mula saya melangkah ke bidang hiburan. I have no one. Saya keliru dan clueless. Saya masih mencari diri. Saya cuba adjust diri saya waktu itu. Dua tahun pertama, 2011 ke 2012 cukup menduga. Kalau you nak I recall balik apa yang saya lalui, kalau boleh I tak mahu ingat lagi.”

 

Kalau diselak semula ‘muka surat’ buku kehidupan Neelofa sejak diangkat sebagai pemenang Dewi Remaja kita akan lihat bermacam-macam warna menghiasi setiap halaman.

 

eh3827

 

Ada yang ceria bagai pelangi, ada juga yang mendung berjurai hujan. Tidak indah dan tidaklah juga duka semuanya. Kontroversi ada, begitu juga kritikan. Baik dari segi kualiti lakonan, skil mengacara, baju yang dipilih hinggalah sebarang perkara berkaitan perniagaannya.

 

Kata Neelofa, pengalaman beberapa tahun sebagai selebriti telah banyak mematangkan dirinya. Dia seakan sudah faham permainan industri seni. Bila ada sebarang kontroversi dia sudah tahu bila perlu beri maklum balas atau sekadar diam membisu.

 

“Kalau dulu jika ada kritikan atau kontroversi, approach saya mungkin berbeza. Hari ini saya akan ambil masa untuk menjawab atau memberi sebarang komen. Andai saya rasa benda tu tak penting lebih elok berdiam diri. Tapi jujur saya cakap, memang bukan senang nak senyap, sebab kita memang ada instinct untuk keluarkan kenyataan dan betulkan apa yang tak betul. Saya kena bertahan bila kemahuan itu datang. Dan yang eloknya, bila dah kerap berdiam diri, media pun seakan dah faham. Mereka tahu ada benda yang saya tak akan layan.”
“Lofa berbintang Aquarius. Orang Aquarius ni macam mana personalitinya?”

 

“Orang Aquarius ni saya rasa suka berahsia. Mereka sukar dibaca. Dalam perbualan, mereka takkan mulakan. Aquarius juga bercita-cita tinggi, impian mereka besar,” jelasnya yang dilahirkan pada 10 Februari 1989.
“Apakah perkara yang membuatkan Lofa gembira, senang hati?”, susuli saya dengan pertanyaan seterusnya.

 

Foodmy girlfriends and beach. Saya memang suka makan, selalunya yang pedas-pedas. Saya suka Thai foods, Italian, sajian Jepun dan India. I’m not a dessert person.”

 

“Kalau pantai pula, Lofa suka ke mana?”

 

“Paling dekat saya suka ke Koh Sa Mui. Peminat-peminat pun tahu saya kerap ke sana. Malah pekerja-pekerja di sana pun sebahagiannya sudah kenal saya.”

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link