Busana Lebaran Lelaki

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: K.Alif

 

JAY_1420 1

 

 

Tampil selesa, kemas dan versatil dengan kurta dan jubah di musim lebaran ini dengan K.Alif buat jejaka. Koleksi busana oleh Kem Salleh ini menampilkan rekaan buat lelaki yang utamakan gaya berkualiti. Setelah lama menyepi, kini Kem kembali mewarnai industri fesyen tanahair dengan jenamanya sendiri, K.Alif yang menampilkan busana lelaki Muslim yang bercirikan moden kontemporari. Koleksi debut, Debaran Lebaran mula berada dipasaran menjelang Aidilfitri ini.

 

JAY_1566 2

 

Koleksi kurta dan jubah dari K.Alif hadir dalam rekaan yang selesa untuk digayakan ke pelbagai majlis sama ada acara kasual mahupun formal. Selain menerapkan elemen rekaan moden dengan sentuhan tradisi, keselesaan menjadi keutamaan dengan mengambil kira keadaan cuaca. Kurta dan jubah dari K.Alif dihasilkan daripada jalinan fabrik yang berkualiti tinggi dan seratus peratus menggunakan kain kapas, kapas campuran serta crepe.

 

JAY_1575a 3

 

K.Alif mengutamakan pemilihan fabrik amat penting bagi memastikan keselesaaan si pemakai tidak kira pada musim panas terik atau hujan. Koleksi K.Alif ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan kelabu yang akan lebih mudah untuk disuai padan mengikut mood si pemakai.

 

JAY_1728 4

 

JAY_1749 5

 

Kesemua rekaan eksklusif edisi terhad K.Alif boleh didapati pada harga RM280 hingga RM380 di www.kalif.my.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link