Butik Sepatu Baru di Sunway Putra

Oleh: Farhana Fuad

 

 

1 Storefront

Gambar: ALDO

 

Aldo mengembangkan lagi sayapnya dengan melancarkan satu lagi butik di pusat membeli-belah Sunway Putra, Kuala Lumpur. Pembukaan butik terbaru ini menandakan menjadikan ia butik jenama kasut popular ini yang ke-14 di Malaysia.

 

Butik terbaru Aldo ini direka khas menepati keinginan warga kota yang gemar berfesyen seiring dengan perjalanan fesyen masa kini. Rekaan dalaman yang menggabungkan kontras kayu dengan kemasan serba putih akan memberi lebih fokus pada sepatu yang dipamerkan. Setiap perincian hiasan butik ini dihasilkan dengan penuh ketelitian untuk mendapatkan atmosfera yang merangsangkan serta mengujakan pengunjung Aldo.

 

Selari dengan musim terkini, Aldo turut menampilkan pilihan kasut untuk pelbagai kegunaan dengan menitikberatkan trend semasa dan juga keselesaan pemakai. Jom pilih sepatu baru di Aldo Sunway Putra yang terletak di Lot G-26, level G.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link