Cara Realisasi Tubuh Idaman Bak Aishah Sinclair

Ibu kepada dua anak dan pengacara televisyen serta hos radio tempatan juga merupakan fitness enthusiast.

 

h-256

 

Laman sosialnya penuh dengan senaman BodyTone yang membantu Aishah untuk kekal bertenaga malah lebih fit.

 

1. Rutin senaman dan kekerapan bersenam.

Saya akan lakukan senaman dua atau tiga kali seminggu sama ada di kelas Body Tone atau berlari. Saya lebih gemar melakukan Body Tone di dalam persekitaran kelas kerana saya rasa lebih bersemangat untuk melakukan senaman bersama orang ramai.

 

2. Senaman lain daripada Bodytone dan running.

Oleh kerana saya sibuk dengan kerjaya, saya jarang ke studio yoga yang selalu dikunjungi jadi saya lebih banyak amalkan senaman yoga di rumah. Saya juga menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk motivasi senaman. Pada saya senaman high intensity selama 20 minit pun sudah memadai.

 

3. Badan impian anda dan selebriti badan cantik.

Saya tidak mempunyai badan impian namun saya percaya jika anda ingin memiliki bentuk badan tertentu, lihat pada individu lain yang mempunyai ketinggian sama. Tanpa ketinggian dan bentuk badan sama, mungkin agak sukar untuk mencapai badan impian anda. Selebriti badan cantik pada saya semestinya Madonna. Apabila saya mencapai usia 50-an, saya ingin menjadi bak Madonna. She’s the kind of women that does not let her age gets the best of her.

 

SENAMAN KARDIO

 

Aishah menunjuk beberapa langkah senaman mudah yang boleh dibuat di rumah terutamnya bagi mereka yang sentiasa sibuk.

 

Langkah 1: Squat

 

h-114

 

h-125

 

Untuk senaman squat ini, Aishah menggunakan barbell untuk menambah intensity senaman. Berdiri dengan kepala dan dada tegak. Jarakkan kedua-dua kaki selebar bahu. Turun posisi tinggung dengan perlahan sambil postur kekal tegak sehingga kaki cangkung 90 darjah. Kembali ke posisi asal. Ulang langkah 3 set.

 

Langkah 2: Burpee

 

h-139

 

h-147

 

h-152

 

h-159

 

Sesuai sebagai senaman untuk menguatkan otot dan kardio, ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Senaman burpee lebih menumpu kepada lengan, kaki dan bahagian perut. Berdiri tegak kemudian turun kepada posisi plank. Kemudian angkat kaki ke hadapan untuk posisi crouching squat. Akhir sekali lompat dengan tangan ke atas setinggi yang mungkin. Ulang langkah 10 atau 20 kali mengikut kemampuan.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link