Cerita Baju Konsert Dato’ Siti Nurhaliza

Oleh: Khairul Abidin

Gambar: All Is Amazing

 

 

[soliloquy slug=”baju-dato-siti-di-konsert”]

 

Sabtu lalu telah berlangsung dengan jayanya Yonder Music Live Series Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, yang mana konsert ini dianjurkan sempena ulang tahun ke-20 penglibatan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penyanyi.

 

Kehebatan Siti tidak perlu diceritakan lagi, semua maklum akan kehebatan suaranya. Rata-rata akhbar dan laporan tentang konsert yang berlangsung di Stadium negara memperkatakan kehebatan suaranya.

 

Ya, siapa mampu menidakkan kebolehannya, dari Aku Cinta Padamu yang dilantunkan sebagai lagu pertama hinggalah nyanyian beramai-ramai untuk lagu Kau Ilhamku, kemerduan suara Siti cukup konsisten.

 

Tenaganya luar biasa. Selain terpukau dengan nyanyiannya, mata saya juga berasa senang dengan penampilannya malam itu. Masih dalam nadi glamor namun diberi nafas yang lebih ringkas dan moden.

 

EH! sempat menemu bual Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini untuk bercerita serba sedikit tentang tiga busana yang digayakan Siti sepanjang konsert berlangsung.

 

Boleh ceritakan tentang inspirasi busana Dato’s Siti untuk konsert ini?

Ini adalah konsert sempena ulang tahun ke-20 Siti di dalam bidang seni, jadi Yonder Music mahu saya hasilkan sesuatu yang nampak outstanding. Dan saya juga mahu mencipta sesuatu yang lebih segar untuk Dato’ Siti, bukan seperti gaya-gayanya sebelum ini. Saya banyak mendapat ilham dengan menonton konsert-konsert Beyonce dan Celine Dion yang mana rata-ratanya menggayakan helaian  berkilau. Malah selepas melihat penampilan Dato’ Siti sewaktu raptai penuh kita sempat membuat beberapa perubahan seperti warna tudung yang digayakan.

 

Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan ketiga-tiga baju?

Tidak lama memandangkan saya sendiri sudah biasa dengan Dato’ Siti, kita sudah faham apa yang sesuai apa yang tidak. Semuanya siap dalam masa tiga minggu.

 

Adakah rekaan ini sepenuhnya datang daripada Rizman Ruzaini atau ada juga saranan idea daripada Dato’ Siti?

Dato’ Siti serahkan semuanya kepada kami. Saya terharu kerana dia member sepenuh kepercayaan kepada kami. Bagi saya ini adalah satu cabaran kerana ini adalah konsert meraikan ulang tahun dua dekad Dato’ Siti sebagai penghibur, semua orang mahu dia kelihatan gah di pentas.

 

Mengapa merah dan emas menjadi warna pilihan?

Yonder Music yang memilih merah dan saya yang mencadangkan supaya ada campuran warna emas. Mengenali Dato Siti, saya tahu campuran emas pasti akan buat dia lebih menyerlah. Siti tetap Siti, kita tak boleh ubah gayanya 100 peratus walaupun kita mahukan sesuatu yang berbeza. Mujur Yonder Music bersetuju dengan cadangan saya.

 

Boleh ceritakan tentang fabriknya? Mungkin dari luar negara?

Untuk baju pertama kami menggunakan net yang sudah siap bermotif. Dan baju kedua pula saya mahu kembalikan gaya yang selalu Siti gayakan dulu sewaktu mula-mula bekerjasama dengan kami. Saya gunakan kain renda dan net. Dan untuk baju ketiga kami memilih fabrik penuh sekuin. Kesemua fabrik saya beli di luar negara, memang sudah ada dalam simpanan. Biasanya bila ke luar negara saya memang akan membeli fabrik.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link