Dian Sastrowardoyo Bakal Berlakon Dalam Filem Munafik 2?

Filem munafik yang diarah dan dilakonkan sendiri oleh Syamsul Yusof sebelum ini bukan hanya menerima sambutan yang memberangsangkan di Malaysia, malah juga di Indonesia.

 

img_6760

 

 

Syamsul akui yang mana pintu rezekinya terbuka luas sejak isterinya dilaporkan hamil anak sulungnya sekarang ini. Apatah lagi pabila dia dinobatkan sebagai  penerima anugerah Pengarah Terbaik (Filem) di pentas Anugerah Skrin 2016 Jumaat lalu.

 

Bukan hanya di ASK2016, malah sebelum ini Syamsul turut menerima anugerah dengan kategori yang sama ketika di Festival Filem Malaysia yang ke-28 serta filem Munafik juga diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional.

 

“Industri perlukan lebih banyak filem seperti Redha dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada produksi kerana berani menghasilkan filem sebegitu. Saya bersyukur dengan kemenangan ini, malah turut gembira kerana Munafik mendapat maklum balas yang memberangsangkan di Indonesia. Saya dimaklumkan, Munafik adalah filem tempatan pertama yang mencatat kutipan tertinggi di negara itu,” ujar Syamsul yang bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan.

 

Filem sambungan Munafik iaitu Munafik 2 dikatakan bakal memulakan penggambaran sekitar bulan Februari atau Mac nanti. Pada masa yang sama, Syamsul bercita-cita untuk membawa masuk aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo untuk sekuel filem itu nanti.

 

capture-20161121-175757

Gambar : Instagram Puteri Sarah Liyana

 

Syamsul yang ditemui selepas penganugerahan trofi ASK2016 turut berkongsi akan perkembangan semasa  berkenaan kehamilan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang kini sudah mencecah lima bulan.

 

capture-20161121-175935

Gambar : Instagram Puteri Sarah Liyana

 

“Pada tiga bulan pertama kehamilan, saya tidak membenarkan isteri bekerja berat. Saya sanggup menambah jumlah pekerja untuk menguruskan butik yang diusahakan isteri di Bangsar. Tetapi apabila usia kandungan memasuki bulan keempat, saya membenarkan Sarah untuk kembali bekerja. Bagaimanapun, saya sentiasa menasihatkannya supaya mengelak daripada menaiki tangga. Saya mahu Sarah berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran pada awal perkahwinan kami. Dalam teruja, kami cuba berjaga-jaga kerana tidak mahu dirundung kecewa lagi,” jelas Syamsul kepada pihak media di ASK2016.

Share via
Copy link