DIY Skrub Muka

Oleh : Farhana Fuad

 

 

shutterstock_374229280

Gambar : shutterstock

 

Ada kala kulit wajah perlukan rehat seketika dari penggunaan bahan kimia yang terkandung di dalam pencuci wajah atau item kecantikan yang lain. Ia adalah digalakkan untuk kita gunakan sumber asli untuk rutin kecantikan.

 

Ia sebenarnya lebih mudah dan menjimatkan. Bahkan ia dijamin selamat dan mampu memberikan hasil yang memuaskan dengan segera tanpa kesan sampingan, melainkan jika ada sesetengah kulit yang alergi pada bahan semula jadi.

 

EH! kongsikan resipi DIY skrub wajah yang anda boleh lakukan di rumah.

 

Skrub Gula & Minyak Kelapa

  • 1 sudu minyak kelapa
  • 2 sudu gula

Campurkan minyak kelapa dan gula ke dalam sebiji mangkuk kecil dan kacau rata. Gosokkan campuran tersebut pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dengan pergerakan membulat selama 1 minit. Bilas dengan air suam.

 

Skrub Beri Biru & Madu

  • 1/2 cawan beri biru
  • 2 sudu madu
  • 1-2 sudu gula

Campurkan ke semua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar. Kisar campuran tersebut sehingga lembut. Gosokkan beberapa lapisan pada wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Cuci dengan air suam.

 

Skrub Timun & Serbuk Penaik

  • 1/3 timun yang dihiris halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Satukan bahan-bahan tersebut dan sapukan ke atas kulit wajah dengan pergerakan membulat. Jika anda mahukan kesan yang lebih menakjubkan biarkan ia selama 5 minit. Bilas dengan air sejuk.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link