Dibintangi Emma Stone, Kempen Baru Louis Vuitton Lebih Diversiti

Emma Stone bintang utama kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2020

 

Louis Vuitton berkongsi gambar-gambar kempennya untuk musim bunga/panas 2020, baik bagi himpunan lelaki mahupun perempuan. Untuk himpunan perempuannya inspirasi romantik dan berani ilham Nicolas Ghesquière diterjemahkan dalam visual yang cukup berkuasa oleh jurugambar terkenal, Collier Schorr. Duta Louis Vuitton, Emma Stone antara wajah utama yang menghiasi kempen ini selain digandingkan bersama aktres Cina, Zhong Chuxi yang juga merupakan jurucakap kepada jenama kelahiran Paris ini.

Untuk himpunan lelaki yang diilhamkan oleh pengarah artistik Louis Vuitton Men, Virgil Abloh mengetengahkan mesej diversiti komuniti seluruh dunia. Dirakamkan di Morocco, gambar-gambar kempen ini direalisasikan oleh jurugambar ternama, Viviane Sassen. Apa yang saya suka tentang kempen untuk kempen ini ialah bagaimana mereka menyuntik elemen feminin menerusi bunga-bungaan dan rakaman gambar dengan latar belakang matahari terbenam cukup mendamaikan.

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link