20 Tahun Berjalan Untuk Pentas Victoria’s Secret, Adriana Lima Mengakhirinya Dengan Linangan Air Mata

Victoria's Secret loss another beautiful angel.

 

Gambar : Ivan Nikolov/WENN.com

 

Model veteran Victoria's Secret, Adriana Lima akhirnya melepaskan sayapnya. Selepas 20 tahun bekerja bersama syarikat pakaian dalam terkemuka itu dan 18 acara Victoria's Secret Fashion Show, bombshell kelahiran Brazil ini mengumumkan persaraannya.

 

Supermodel berusia 37 tahun ini mengumumkan bersara menerusi akaun Instagramnya ketika dia membuat persiapan untuk melakukan pertunjukan terakhirnya dengan memaparkan highlight momen catwalk terbaiknya dengan jenama itu.

 

https://www.instagram.com/p/Bp73DwRhTtU/

 

Model yang pernah menyarung Fantasy Bra sebanyak tiga kali, menjadi yang utama untuk kempen-kempen pelancaran VS dan dianggap sebagai The Guardian Angel di kalangan model lain ini mengakhiri perjalanannya dengan look sayap dramatik, satu momen yang mana ultimate highlight untuk sepanjang karier 20 tahun permodel itu.

 

 

"Saya rasa tahun ini menjadi highlight karier saya. Ini merupakan pertunjukan fesyen kali ke-18 buat saya dan saya masih lagi teruja seperti mana hari pertama saya berjalan untuk jenama ini. Saya sentiasa suka berada di atas pentas peragaan dan menjadi sebahagian dari acara Victoria's Secret. Ia adalah perkara yang saya suka lakukan," kata Lima kepada media antarabangsa.

 

Lima turut menyatakan yang mana selepas ini dia akan menumpukan ke atas projek terbaharunya dalam memperkasa wanita. Akuinya, meskipun sudah berjalan untuk kali ke-18, dia masih lagi mempunyai perasaan gugup.

 

Gambar : Ivan Nikolov/WENN.com

 

Katanya lagi tahun ini menjadi salah satu tahun yang mempunyai pertunjukan yang pelbagai.

 

"Kami merangkumi 60 orang wanita dari serata dunia yang mewakili pelbagai negara. Kami mempunyai lapan pemuzik berbeza, yang mana paling banyak kami pernah ada. Kami mempunyai tujuh segmen berlainan. Saya sangat teruja untuk bertemu dengan Rita Ora yang mana saya seorang peminat besarnya. Dia seorang pemuzik yang terbaik. Selain cantik, dia juga seorang yang baik hati," kata Lima.

 

https://www.instagram.com/p/BbwWCZnBqv7/?utm_source=ig_embed

 

Tahun lalu, teman baik Adriana yang juga veteran angel iaitu Alessandra Ambrosio mengumumkan persaraannya dari pentas VS di Shanghai selepas hampir dua dekad bersama jenama itu.

 

EH! himpunkan gambar catwalk Adriana Lima di bawah.

5 of 18
Use your ← → (arrow) keys to browse

2004

Gambar : Google

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link