6 Video Muzik Paling Stylish 2016

Fesyen dan muzik tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi dalam pembikinan sebuah video muzik.

 

solange-cranes-in-the-sky-video-compressed

Gambar : Sumber Google

 

Pemilihan pakaian yang tepat bukan hanya akan mencipta imej yang diingati, ia juga bisa menzahirkan idea yang sangat simbolik, selain memberi maksud yang mendalam. Sebelum 2016 melabuhkan tirai, EH! menyenaraikan 6 video muzik terbaik sepanjang tahun ini.

 

1. Cranes in the Sky – Solange

 

Mengejutkan? Secara visual, video muzik ini bagaikan satu penggambaran fesyen yang cukup chic. Dia kini membuktikan dia bukan hanya adik kepada superstar Beyonce, Solange adalah nama yang mampu untuk berdiri sendiri selepas kemunculan album studio ketiganya A Seat at the Table yang turut merupakan antara album terbaik tahun ini.

 

2. Formation – Beyonce

 

Apa lagi yang boleh dikatakan mengenai Beyonce. Selepas mengeluarkan album visual Lemonade secara mengejut awal tahun ini, Beyonce layak diangkat sebagai artis terbaik 2016. Formation yang merupakan single pertama daripada album ini memaparkan beberapa imej fesyen yang sangat diingati seperti kala Beyonce menyarungkan rekaan cetak Gucci di atas sebuah kereta polis yang ditenggelami air.

 

3. Hold On – the xx

 

The xx terbang ke Texas dalam merakam video muzik yang menyuntik elemen Southwest yang autentik. Cowboy, high school, pasukan sorak, American diner dan American football disatukan pada pemandangan gurun, padang dan matahari terbenam lantas menjadikan video ini cukup segar, muda dan paling utama, stylish.

 

4. “Kill v. Maim” – Grimes

 

Grimes tidak pernah mengecewakan dalam menampilkan visi visual yang unik dalam setiap muzik videonya. Kali ini, dia bermain dengan elemen ala Suicide Squad yang funky dan quirky. Tidak dilupakan, ikon fesyen ini juga menyarungkan label terkenal seperti Versace dan COMME des GARÇONS.

 

5. Send My Love (To Your New Lover) – Adele

 

Adele dan busana hitam seperti tidak boleh dipisahkan. Tapi untuk muzik video single ketiga daripada album 25 ini, Adele memilih gaun floral rekaan Dolce & Gabbana yang feminin dan flowy. Ia juga seakan memberi nyawa kepada konsep keseluruhan video yang simple ini.

 

6. American Money – BØRNS

 

Gucci bukan sahaja menjadi label fesyen terhangat dikalangan selebriti, ia juga meninggalkan impak yang berkesan pada muzik. Penyanyi Amerika Syarikat, Børns menyarungkan helaian bersulaman dalam ton hijau ikonik Gucci ketika penggambaran video muzik yang sangat dreamy ini.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link