Air Max Day, Meraikan Sniker Ikonik Nike

Air Max 2090

 

Saya mungkin sedikit berat sebelah bila menulis tentang sniker ini, Air Max antara sniker paling saya suka. Malah dalam simpanan, saya punya beberapa pasang Air Max dalam pelbagai warna. Paling saya suka ialah Air Max 90 warna putih yang kerap saya sarung ke mana-mana.

Hari ini, 26 Mac 2020 adalah Air Max Day, dan Nike yang terkenal dengan tagline ‘Just Do It’ mahu meraikan hari istimewa ini dengan mengangkat pelbagai rekaan Air Max sejak ia diperkenalkan termasuklah yang terbaru Air Max 90 Flyease dan juga Air Max Verona.

 

Air Max 90 Duck Camo

 

Tahun ini Nike mengembalikan rekaan kesukaan ramai Air Max 90 Atmos menerusi Air Max Duck Camo Pack yang hadir dalam cetakan camouflage. Bagi yang sukakan sesuatu yang bersifat lebih ekstra, Nike membariskan Air Max 90 Metallic Pack dan koleksi ini hadir dalam warna emas, emas ros dan perak untuk wanita.

Saya tertarik dengan Air Max 2090 yang hadir dalam pelbagai warna. Walaupun saya bukanlah seorang yang suka bermain dengan warna-warna terang tapi saya rasa boleh berikan pengecualian pada sniker ini. Why not! Just do it, right?

 

Air Max 90 Metallic

Share via
Copy link