Aksesori Lelaki

Tampil bergaya bukan saja terletak pada gaya pemakaian tetapi aksesori juga menjadi item penting untuk mencipta gaya yang sempurna. Apatah lagi jika aksesori yang dipakai menyatakan personaliti seseorang terutama golongan adam. Maskulin, berkuasa, tahan lasak dan bijak, aksesori mampu menceritakan setiap aspek itu.

Bell & Ross

Satu lagi rekaan dalam koleksi vintaj khas Bell & Ross yang menjadi susulan kepada koleksi sebelum ini. Menggunakan teknologi terkini, jam tangan ini dilengkapi dengan instrumen keterbacaan. Sepertimana jam tangan yang direka khas pada sekitar tahun 1940-an, juruterbang menjadi kerjaya profesional pertama yang mempertimbangkan aksesori sebagai bantuan misi mereka. Pastinya aksesori ini digemari bagi pemakai yang mementingkan konsep praktikal dalam gaya mereka.

 

Marc by Marc Jacobs

Rekaannya yang sleek juga mudah untuk dibawa, koleksi rekaan pereka berjiwa santai, Marc Jacobs menawarkan tas Aviator koleksi terbaru. Tas yang bertemakan ‘The Khaki Safari' ini bercirikan logo cetak dan logo kanvas trim di bahagian depan juga direka dengan logo berona beige di bahagian belakang.

 

Omega

Omega menawarkan jam tangan Ocean Seamaster Co-Axial Chronograph automatik dengan kesempurnaan dalam ciri rekaannya. Potongan baru yang hebat, dan menunjukkan betapa ia didedikasikan buat lelaki yang berjiwa lasak kala bersantai di lautan.

 

The North Face Jannu GTX Shoes

Sesuai dipakai untuk aktiviti lasak seperti mendaki mahupun rally di belantara, sepatu boot ini direka dengan ciri-ciri serba sempurna untuk daya ketahanan yang jitu. Setiap ciri juga mementingkan keselesaan selain penggunaan material yang terbaik untuk perlindungan yang sempurna.

Share via
Copy link