43 Jenis Bunga, Tumbuhan dan Serangga Untuk Koleksi Musim Cuti Gucci

Sudah kemas bagasi belum? Gucci hadir dengan koleksi Holiday 2019 dalam elemen tropika cukup menangkap mood percutian mewah

Sempena dengan kedatangan musim percutian, pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele memilih motif ikonik GG Supreme, pattern elektif dan motif flora sebagai idea baru untuk koleksi Holiday 2019. Cetakan bunga ini dilakarkan dalam 43 jenis bunga, tumbuhan dan serangga dan ia eksklusif dalam 37 warna. Cetakan ini tampak kontemporari di atas kanvas GG Supreme.

 

Koleksi ini sangat sempurna untuk dibeli sebagai bingkisan hujung tahun buat teman tersayang. Mood tropika mengungguli keseluruhan koleksi dan apa yang mencuri perhatian, beg tangan bersama pemegang kayu bambu kekal berada dalam koleksi tahun ini. Beg ini cukup terkenal sekitar tahun 1947.

 

 

Bersama koleksi Holiday 2019, Gucci turut menampilkan kempen Gift Giving. Mood getaway dan Winter Sun Break adalah tema utama. Peragawati tampil dalam karakter masing-masing kala berada di atas Cruise sambil menggayakan koleksi Holiday 2019. Kempen playful ini adalah cetusan idea oleh Alessandro Michele sendiri dan direalisasikan oleh jurugambar Harmony Korine.

 

 

Terdapat seksyen digital istimewa iaitu melalui Gucci App, anda akan merasai keunikan portal ‘Augmented Reality’ yang turut boleh didapati di aplikasi Snapchat. Melalui portal ini, anda akan menikmati mood percutian di pulau tropical secara psikedelik virtual dalam rona terang dan punya elemen holografik.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link