Aksesori Spring 2020 dari Fossil Jadi Item Terbaik Buat Hadiah Hari Kekasih!

Asal tiba bulan Februari minda langsung terus memikirkan akan hari kekasih dan EH! juga turut terasa akan bahangnya. Sudahkah anda membuat tempahan restoran untuk janji temu istimewa? Hadiah pula bagaimana?

Tahun ini Fossil bariskan beberapa aksesori baharu dalam koleksi Spring 2020 serba serbi dalam rekaan moden kotemporari dan juga klasik yang kami percaya ia mungkin sesuai dijadikan bingkisan sempena hari kekasih akan datang. Setiap darinya hadir dalam rekaan yang tersendiri dan semestinya ideal mengikut personaliti anda dan si dia, lebih istimewa anda juga boleh ukir nama anda dan kekasih agar bingkisan ini lebih peribadi dan  bermakna.

Sebagai inspirasi atau idea untuk hadiah hari kekasih akan datang, EH!  senaraikan beberapa item dari himpunan  baharu yang sesuai buat lelaki dan wanita, antaranya jam tangan klasik, hybrid, aksesori perhiasan dari ‘Love Out Loud’ dan jam tangan pintar Gen 5, semuanya dari Fossil.

 

#1 CAMILLA BACKPACK

Beg galas mulit fungsi ini sememangnya jadi hadiah yang ideal buat wanita, kerana ia tampil dengan dua cara pemakaian; selain beg galas ia juga boleh dijadikan beg tote untuk penggayaan yang lebih bersahaja. Memiliki ruang yang besar, beg ini juga memiliki satu bahagian zip di dalam dan dua poket sisi untuk memudahkan anda untuk menyimpan perkakas penting.

 

#2 FORRESTER CHRONOGRAPH LUGGAGE LEATHER WATCH

Jam tangan klasik semestinya jadi item yang tepat untuk dihadiahkan buat si dia. Forrester Chronograph Luggage Leather Watch ini punya  rekaan yang maskulin dengan dail jam tangan serba biru bersama tali jam tangan kulit yang menjadikan gaya keseluruhan tampil ranggi. Ini pasti jadi hadiah yang cukup istimewa buat teman lelaki anda.

 

#3 AKSESORI PERHIASAN ‘BE MINE’

Sweet and sentimental, dengan rekaan loket bentuk hati dalam kemasan rose gold koleksi ‘Be Mine’ ini semestinya aksesori ideal untuk dijadikan hadiah buat hari kekasih akan datang. Ringkas dan versatil, Fossil hasilkannya khas buat gadis yang inginkan kebebasan, rekaan yang ideal digayakan untuk apa sahaja acara.

 

#4 GEN 5 SMARTWATCH GARRETT HR

Kombinasi rekaan klasik dengan teknologi moden ini memberi gaya yang lebih ‘handsome’ buat si pemakai, Fossil bawakan satu lagi rekaan jam pintar baharu yang tampil dengan bingkai stailess steel bersama beberapa pilihan warna dan jenis tali (silikon dan besi). Sama seperti jam pintar Gen 5 HR lain, jam pintar ini juga turut hadir dengan ‘Google Assistant’, paparan jam yang boleh diubah dan ‘Activity Traking’ buat anda yang gemar melakukan aktiviti sihat.

 

#5 CARLIE MINI THREE-HAND ROSE GOLD-TONE STAINLESS STEEL

Satu rekaan yang malar segar tetapi ringkas dan moden untuk digayakan buat apa jua acara. Fossil mengetengahkan satu rekaan jam tangan mekanikal yang ringkas dan comel dengan princian tulisan ‘love’ serba emas di bahagian dail yang semestinya ideal untuk dijadikan hadiah buat tersayang, si di pasti gembira menerimanya.

 

#6 LIPS COLLECTION

Fossil tidak terlepas untuk menghasilkan satu rekaan yang fun dan quirky dengan memilih rekaan bentuk bibir sebagai identiti koleksi comel ini. Dalam palet warna yang menyerlah, Fossil tampilkan satu tas tangan Elle Crossbody serba hitam bersama tali dalam warna terang, bersama dua jenis jam tangan mekanikal  hitam dan juga jam tangan bingkai emas bersama perincian bibir dwi warna yang menawan!

 

DAPATKANNYA SEKARANG!

Untuk anda yang mahu terokai item aksesori koleksi Spring 2020 ini dengan lebih dekat, sila kunjungi butik Fossil berhampiran anda! Jika mahu lebih mudah beli sahaja secara atas talian di Lazada dan Shopee!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link