Himpunan Gambar Paling Hot Di Victoria’s Secret Fashion Show 2017

1 of 63
Use your ← → (arrow) keys to browse

Victoria’s Secret Fashion Show 2017 telah pun berlangsung dengan meriahnya di Shanghai, China. Pentas fesyen pakaian dalam ini nyata hangat dengan penampilan model yang lebih hangat.

 

 

Bertempat di arena Mercedez-Benz, Shanghai, Victoria’s Secret Fashion Show telah mempamerkan koleksi terbaru mereka di hadapan 3000 tetamu.

 

Daripada Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Lais Ribeiro sehinggalah muka-muka baru seperti Estelle Chen, Grace Bol dan ramai lagi. Pertunjukan pada hari itu juga dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai tema masing-masing.

 

Segmen pembukaan yakni “Punk Angel” merupakan segmen dengan ceraian terbesar  dengan 23 look juga merupakan kolaborasi antara Victoria’s Secret bersama pereka fashion ternama Olivier Rousteing.

 

Buat segmen “Porcelain Angel” pula, setiap rupa yang ditampilkan diberikan sentuhan hand-painted. Segmen “A Winter’s Tale” pula menampilkan ceraian-ceraian bermotifkan fantasi dalam musim sejuk yang penuh magikal.

 

Segmen yang dinanti-nantikan adalah segmen “Goddesses” di mana Champagne Nights Fantasy Bra bernilai $2 juta itu diperagakan oleh Lais Ribeiro.

 

Segmen terakhir pada malam itu ditutup dengan “Nomadic Adventure” yang turut menampilkan look istimewa Victoria’s Secret dan Swarovski yang telah menggunakan 250,000 kristal untuk menyiapkan rupa keseluruhan.

 

 

Turut diselitkan di antara setiap segmen adalah persembahan hebat daripada Harry Styles, Miguel, Jane Zhang, dan Leslie Odom Junior.

 

Tatap setiap look yang diperagakan oleh model-model ternama ini di atas pentas terbesar dalam sejarah Victoria’s Secret.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link