Bersama LeAnn Nealz, Juicy Couture

Diusahakan oleh dua rakan karib yang sangat menggilai fesyen, Juicy Couture terus mengorak langkah bermula tahun 1997. Satu demi satu perubahan dilakukan agar jenamanya kekal mekar di bibir pencinta fesyen. Pada tahun 2003, label Juicy Couture dimiliki oleh Liz Calibaorne Inc dan 2010 LeAnn Nealz dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif dan Presiden bagi mengembangkan serta mencipta DNA baru jenama ini. Walaupun sibuk, LeAnn Nealz mencuri sedikit masa bersama EH! untuk menceritakan kisah kejayaannya.


Apa yang anda fikirkan setiap kali mahu mereka sesuatu?

Cabaran yang paling hebat tatkala mencari waktu yang cukup untuk memenuhi kreativiti. Fesyen berubah terlalu cepat dan kami menjalankan kerja serentak menyiapkan satu koleksi dan dalam waktu yang sama kami menyediakan bahan inspirasi untuk koleksi musim hadapan. Oleh itu, kami perlu sentiasa memastikan selera pelanggan. Dalam pada itu, kita juga perlu berehat, merenung dan mengisi kembali minda agar mudah ‘bekerja’.

Jadi bagaimana koleksi musim ini, penerimaannya?
It has been a very exciting for us here at Juicy Couture. Sambutan imej ‘It-Girl’ menerusi koleksi 2012 yang kami terima dari rakan dan pelanggan sangat memberangsangkan dan membuktikan kami membuat pilihan dan waktu yang tepat.

Jadi, ada sebarang rahsia atau tip di sebalik kejayaan?
Dalam melakukan urusan perniagaan, kesemuanya adalah tentang mengenali pembeli. Yakni perlu sentiasa memahami pembeli kita. Tiada helah atau formula untuk berjaya melainkan bekerja keras dan berdedikasi.

Kamu akan tampil stail musim ini jika memiliki…
Tentu sekali jaket dan kot! Koleksi musim luruh Juicy Couture menampilkan jaket gaya sharp, edgy yang sangat versatil. Ia boleh di ganding dengan apa jua baju. Baju-T ringkas bersama jeans, baju kait hinggalah gaun shift, terlalu banyak gaya yang boleh dicipta dengan hanya menggunakan sehelai jaket.

Definisi cantik dari lensa fesyen anda…
Saya sentiasa percaya kecantikan ada dalam mata pemerhati terutamanya dalam fesyen, kerana fesyen lahir dari deria stail dan ekspresi seseorang.

Stail harian anda…
Selesa dan sesuai adalah kata kunci, tetapi usah teragak-agak kala bergaya.

Mungkin ada nasihat untuk golongan muda ingin menjadi seperti anda suatu hari nanti.
Perlu berfikiran terbuka serta bersedia dengan pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan. Never lose sight of your ideals!

Share via
Copy link