Cadangan Bentuk Cincin Pertunangan

Mungkin ada antara kamu yang sedang merancang untuk mengadakan majlis pertunangan awal tahun ini. Selain dari senarai semak untuk majlis tersebut, mungkin ada yang buntu tidak tahu untuk memilih cincin yang sesuai untuk dijadikan sebagai cincin pertunangan. Mari EH! bantu kamu!
 

cincin-pertunangan-3

Gambar: boards.weddingbee.com 

 
Kebiasaannya orang memilih cincin belah rotan untuk dijadikan sebagai cincin pertunangan kerana bentuknya yang polos dan tidak sarat dengan batu permata. Terpulang kepada individu samada sukakan emas putih atau emas kuning.
 

cincin-pertunangan-1

Gambar: en.wikipedia.org

 
Jika kamu gemarkan cincin yang mempunyai batu permata, boleh memilih batu yang ditanam kedalam cincin atau dihias dikelilingnya. Bergantung kepada bajet cincin kamu. Cincin sebegini sesuai dipadankan dengan cincin kahwin yang mempunyai batu permata sebiji.
 

cincin-pertunangan-2

Gambar: merledress.com

 
Ada juga yang menggemari cincin yang sedikit sarat dengan batu permata. Ada pelbagai pilihan bentuk yang menarik buat kamu antaranya, princess cut, pear cut, heart shape, dan tentunya round cut.
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link