Detik Waktu Elegan

Chanel menghadirkan koleksi jam tangan J12 baharu dengan empat rekaan unggul hitam dan putih yang mencerminkan gaya paling menawan buat setiap wanita.

 

Hitam dan putih adalah dua ton warna paling anggun, ada kelas dan malar segar, sama ada pada pemilihan gaun mahupun aksesori fesyen seperti jam tangan. Koleksi jam tangan Chanel J12 baharu tampil dalam warna nan klasik cara rumah fesyen agung Perancis ini. Dihasilkan daripada material seramik dan metal yang kukuh dan tahan lasak. Dial jam turut menampilkan seramik hitam ataupun putih, bersama gelang metal sepadan yang bergancu dengan tiga kali sokongan. Himpunan aksesori baharu ini turut dikuasakan dengan gerakan pembuatan kronometer yang diiktiraf oleh COSC (Swiss Official Chronometer Testing Institute), menjanjikan kuasa paling unggul.

Seutas Chanel J12 juga mampu bertahan selama 70 jam dengan kuasa simpanan selain kalis air 200 meter. Seni pertukangan sempurna memberikan kemasan paling elegan, bersama tahahan batu sebagai penanda waktu untuk penggayaan sepanjang zaman.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Hitam Dan Putih
Tiada warna yang lebih sempurna membiaskan sisi elegan jika bukan pilihan ton klasik hitam dan putih. Bukan sahaja mudah digayakan bersama apa jua padanan gaya sepanjang hari, jam tangan Chanel J12 juga boleh digayakan sofistikated ke majlis jemputan atau lebih understatement pada hujung minggu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link