Dior Reka Khas Pakaian Untuk BTS Sempena Konsert Jelajah Dunia

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Buat julung kalinya, Dior mereka stage wear khas untuk kumpulan K-pop terkenal, BTS yang telah mencipta kemenangan bersejarah dengan merangkul dua anugerah di Billboard Music Awards 2019 baru-baru ini.

 

Gambar : Google

 

 

Pakaian yang direka khas oleh Pengarah Artistik Pakaian Lelaki Dior, Kim Jones itu mengambil inspirasi daripada pakaian lelaki rekaannya untuk koleksi Pra-Musim Luruh 2019 yang berkonsepkan sportswear moden dan utilitarian selain turut diselitkan dengan elemen futuristik.

 

Koleksi rekaan khas Kim Jones itu akan digayakan oleh BTS sepanjang jelajah dunia mereka di Amerika Syarikat dan Eropah.

 

Gambar : Dior

 

Konsert jelajah Love Yourself: Speak Yourself yang merupakan sambungan kepada jelajah dunia sebelum ini iaitu Love Yourself telah bermula pada 4 Mei 2019 di Los Angeles dan bakal diikuti dengan persembahan di kota-kota besar seperti London, Paris, dan São Paolo.

 

Kumpulan BTS, atau akronim bagi perkataan Bangtan Sonyeondan atau Beyond The Scene yang dianggotai tujuh orang pemuda iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook ini telah melakar sejarah mereka tersendiri iaitu berjaya menjual sebanyak 10 juta album sejak debut mereka pada tahun 2013, menjadi artis Korea pertama yang tercalon di anugerah berprestij Grammy, selain disenaraikan oleh majalah TIME di dalam senarai 100 Orang Paling Berpengaruh 2019 dan diberi peluang untuk berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sempena pelancaran kempen ‘Generation Unlimited’ pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link