Do You #BelieveInLove?

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sempena kempen #BelieveInLove, Tiffany & Co merakam gerakan tangan beberapa real couple yang cukup intimasi.

 

 

 

Kempen Tiffany & Co ini memaparkan gerakan peribadi antara dua individu yang mana pada masa yang sama menonjolkan aura cinta di antara pasangan ini. Berlatarkan persembahan ikonik A Capella Alicia Key’s serta lagu No One.

 

Bermula dengan rakaman video intimasi pergerakan tangan yang dirias dengan cincin dari Tiffany & Co, kemudian ia membawa ke arah penceritaan kisah cinta beberapa pasangan ini serta pada masa yang sama mengajak penonton untuk berinteraksi dan berkongsi kenapa mereka juga percaya akan cinta.

 

Gambar kempen #BelieveInLove ini dirakam oleh jurugambar lagenda iaitu Cass Bird dan digayakan oleh Alex White. Manakala filem kempen pula diarahkan oleh Darius Khondji.

 

Pasangan yang ditampilkan untuk kempen ini termasuklah Laura Vasser dan Kris Brock (pereka), Ji Hye Park (model) dan Jun Choi (aktor), Jacopo Moschin (jurufoto) dan Aimee Song (influencer), Babajide (model) dan Pesi (model), Sara Blomqvist (model) dan Jeremy Young (model).

 

Setiap darinya mempunyai cerita disebalik termeterainya kisah cinta mereka.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link