#EHklusif : Kenali Lelaki Disebalik Penataan Tudung Viral Neelofa

GAMBAR DARI : NAZ LIVING STYLE (ARKIB MINGGU FESYEN MILAN 2018)

Bukan hanya dikenali dengan bisnes tudung, susu, lakonan dan pengacaraan, gaya pakaian Neelofa juga adalah antara topik yang menjadi bahan bualan ramai. Hal ini juga menjadi satu perkara yang panas sehingga ada beberapa syarikat penjualan menggunakan cerita atau gambarnya sebagai rujukan jualan di laman sesawang.

Apa sahaja yang diperkatakan, dilakukan atau dilancarkan pasti menarik minat ramai sama ada peminat atau juga pengkritik tetap (netizen), dan kerana hal itu dia kekal relevant juga menjadi perhatian jenama-jenama mewah antarabangsa dan kecantikan seperti Swarovski, Lancome, Lamer, Giuseppe Zanotti dan yang terbaru kolaborasi beg tangan Sometimes by Asian Designer.

Berbalik pada cerita asal, Neelofa sentiasa nampak glamor biarpun penaatan yang ringkas dan bersahaja, dan pastinya ini semua tidak akan terhasil tanpa sentuhan ‘glam squad’ yang sentiasa ada di mana sahaja dia pergi. Eksklusif kali ini, EH! menemubual Penata Gaya tudungnya Naz Living Style atau nama penuh Muhammad Nazrul Anas bin Zunaidi yang sentiasa kelihatan dengannya ke mana sahaja dia pergi.

 

NAZ LIVING STYLE – PENATA GAYA HIJAB NEELOFA

Pada awalnya bagaimana Naz boleh dapat peluang untuk bekerja bersama Neelofa?

Pertama kali saya bekerja bersama Neelofa adalah semasa dia menjalankan satu sesi hijab styling bersama Louis Vuitton, ketika itu Neelofa mengenali saya menerusi Haniz Zalikha, dan rekomandasi itu datang dari Hanis sendiri, saya dijemput ke pejabatnya untuk temu bual. Tetapi semasa itu saya bukanlah membuat styling tudung untuk dia, tetapi untuk model-modelnya buat sesi styling tudung bersama Neelofa di majlis Louis Vuitton.

Bagaimana agaknya menjadi salah seorang dari Glam Team Neelofa?

Bagi saya ini adalah satu peluang yang cukup beharga, dan kini jadi part of the team cabarannya juga banyak. Bukan mudah untuk mencipta gaya buat Neelofa lagi-lagi dia yang sering diperhati ramai. Apa sahaja stail dan gaya yang kami buat perlu relevan dan sesuai mengikut majlis dan juga senang dimata kliennya.

Bagaimana personaliti Neelofa sewaktu bekerja?

Baik tetapi tegas. She knows what she wants dan sebab itu mudah untuk kita fahami dan bekerja dengannya. Sebagai penata gaya hijab bagi saya dia seorang yang organized dan semuanya peralatan skarf perlu disediakan sebaik mungkin. Untuk menggayakan tudung pula saya juga perlu study gaya tersebut terdahulu supaya tahu selok beloknya.

 

Adakah Neelofa seorang yang mudah menerima idea?

Dari segi gaya kebanyakannya ia datang dari Colin Sim, penata gaya Neelofa, dan saya selalunya akan berkarya melalui pakaian yang digayakannya. Kalau dahulu boleh kata masing-masing mahu berada dalam ‘safe-zone’ tetapi kini Neelofa bersikap lebih terbuka dan beri lebih kebebasan untuk saya mencuba sesuatu yang baru, asalkan saya tidak pernah mengayakannya pada selebriti lain.

 

Apa gaya yang paling impactful yang pernah Naz hasilkan untuk Neelofa?

Saya rasa gaya yang paling berkesan yang pernah saya hasilkan adalam semasa Milan Fashion Week 2018, Pada ketika itu merupakan pertunjukan fesyen Ferragamo. Saya menggunakan skarf jenis kulit, kemas dan tidak terlalu bulky.

Apa pula gaya yang menimbulkan rasa kurang puas hati pada Naz sendiri?

Ada beberapa gaya yang saya boleh ingat, tetapi yang paling tidak berapa saya suka adalah sewaktu di Anugerah Meletop Era, itu merupakan baju kedua kemunculan Neelofa di atas pentas dan pada waktu itu dia mengenakan pakaian dari Fiziwoo, Kami hanya diberi masa 15 minit sahaja untuk menukar baju dan tudung, disebabkan itu saya tidak punya banyak masa untuk mengayakan tudung yang sudah saya rancang.

Share via
Copy link