Ekspres Cinta Dengan Hadiah Istimewa Dari Gucci

Dari kiri : Alexa Chung, Lou Doillon, Lee Sung Kyoung dan QI Wei bersama beg tangan Gucci 1955 Horsebit

 

Mungkin ada hadiah yang lebih bermakna selain kuntuman bunga dan pemanis mulut. Sempena merai hari kekasih, EH! senaraikan aksesori baharu dari Gucci yang ideal untuk dijadikan hadiah buat si jantung hati, Jejaka dan wanita!

Jenama mewah yang sudah semestinya jadi kegilaan ramai ini merupakan item yang terbaik untuk dihadiahkan kepada insan tersayang terutamanya aksesori dari koleksi baharu Gucci Cruise 2020. Tidak kiralah untuk diberi buat pasangan lelaki atau perempuan, setiap aksesori  yang dibariskan buat koleksi ini tampil lebih pelbagai, ada antaranya merupakan aksesori unisex yang semestinya mudah disuai padan, sentuhan Alessandro Michele kali ini benar menyerlahkan versetaliti si penggaya, ada yang tampak glamor dan ada juga yang quirky!

EH! mahu kembangkan idea hadiah hari kekasih anda dengan beberapa aksesori menarik Gucci Cruise 2020 ini, ada tiga item menarik bagi kami cukup ideal untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang malah ia juga turut menjadi kegemaran selebriti tanah air dan antarabangsa, antaranya adalah Gucci 1955 Horsebit Bag, Gucci Tennis 1977 sneakers, dan Gucci Ultrapace. Kami percaya tiga aksesori ini punya nilai versatil yang tersendiri dan semestinya mudah dipadan buat apa sahaja acara. Pilih mana satu yang tepat dengan personalitinya dan anda bakal raikan hari kekasih yang paling istimewa tahun ini!

 

KHAS BUAT WANITA : GUCCI 1955 HORSEBIT BAG

Dari kiri, Elle Fanning, Sienna Miller dan Neelofa mengayakan Gucci Horsebit 1955

Alessandro Michele kembalikan semula rekaan bag klasik yang pernah dihasilkan oleh rumah fesyen Gucci tetapi kali ini dengan sentuhan baharu, moden dan ideal buat setiap wanita masa kini. Rekaan ‘horsebit’ yang dihasilkan enam dekad dahulu ini sudah jadi identiti Gucci, dan beg tangan silang vintaj ini akan sentiasa tampak malar segar untuk digayakan juga ia menyerlahkan sisi sofistikated setiap wanita, lihat sahaja bagaimana Elle Fanning, Sienna Miller dan Malaysian sweetheart Neelofa bergaya bersamannya.

Istimewa dalam koleksi Cruise 2020, beg tangan ini diketengahkan dengan pelbagai jenis material, ada yang dihasilkan daripada kain baldu lembut, kain bercetak GG Supreme dan kulit. Beg bucket ini juga tampil dengan beberapa jenis kulit eksotik seperti elaphe, burung unta dan buaya untuk menyerlahkan lagi kemewahannya. #Gucci1955Horsebit

KHAS BUAT LELAKI DAN WANITA : GUCCI TENNIS 1977

Antara aksesori yang menjadi highlight dalam pementasan koleksi Cruise 2020, biarpun sudah beberapa jenis rekaan yang sudah dihasilkan, kasut tenis Gucci kekal jadi item yang wajib dimiliki buat si pencinta fesyen. Diinspirasikan dari falsafah Neoclassical, Alessandro ketengahkan koleksi kasut tenis Gucci musim ini dengan stail era 70-an dan kesemunya tampil dalam tujuh jenis rekaan, tiga jenis warna asas, bersama fabrik distressed tweed dan bumper kasut bertekstur motif GG. Kasut ikonik uniseks ini mesra digunakan untuk menyempurnakan gaya jalanan anda, terutamanya buat musim panas akan datang. #GucciTennis1977

 

KHAS BUAT LELAKI DAN WANITA : GUCCI ULTRAPACE

Dari kiri : Kai, Vaneza Oliveira dan Thimotee Chalamet mengayakan Gucci Ultrapace

Gucci sudah semestinya jadi jenama ikonik dalam menghasilkan kasut tema vintaj dan buat koleksi Cruise 2020 Gucci kembalikan semula kasut Ultrapace dalam rekaan dan warna-warna baharu. Pertama dihasilkan semasa petunjukan fesyen musim luruh/dingin 2019-2020, Alessandro tampilkan satu rekaan kasut buat gaya jalanan baharu inspirasi dari tema disko era 80-an dan sejak itu ia menjadi satu kasut ‘statement’ yang menjadi kegemaran ramai, begitu juga buat penyanyi dalam kumpulan EXO, Kai, Vaneza Oliveira dan pelakon lelaki hangat Thimotee Chalamet.

Buat koleksi Cruise 2020, Gucci ketengahkan dua jenis potongan kasut iaitu Mid dan High-top bersama gabungan bahan fabrik yang pelbagai untuk mencipta rekaan dan warna yang kontras. Walaupun tampil dalam rekaan yang vintaj, Gucci Ultrapace ini turut menyajikan penggayan yang selesa dan moden untuk apa sahaja acara.#GucciUltrapace

Share via
Copy link