Fossil Gabungkan Dua Gaya Menerusi Jam Tangan Hybrid Terbaru

 

Fossil melangkah setapak lagi ke hadadapan menerusi ciptaan jam tangan pintarnya menerusi rangkaian Hybrid HR. Rangkaian ini dilengkapi dengan informasi degupan jantung penggayanya. Lebih menarik bila mana rupa jam tangan ini tampil dalam gaya klasik tidak seperti rupa jam tangan pintar biasa. Penggaya jam tangan Fossil ini boleh melihat kemas kini degupan jantung, preview panggilan dan kiriman mesej termasuklah aktiviti kecergasan penggayanya.

Selain itu, yang menjadi tarikan utama jam tangan terbaru Fossil ini ialah jangka hayat baterinya yang boleh bertahan lebih dua minggu. Menurut Steve Evans, EVP Fossil, mereka menyedari bahawa para peminat Fossil mahu dan menyukai dua-dua jenis jam tangan yakni fungsi yanga da pada jam tangan pintar juga rupa dan stail jam tangan klasik. Maka dengan itu Fossil cuba meralisasikan kehendak penggunanya dengan menyatukan elemen penting kedua-dua jam tangan ini. “Kami percaya hybrid smartwatch adalah masa depan jam tangan fesyen,” tambahnya. Jam ini boleh dipadankan dengan iPhone 5 dan Android.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Share via
Copy link