GAP Rai Keperibadian Pemakaian Normal

Gap_Dress Normal_Jena MaloneGambar: GAP

 
Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian normal? Itulah perkara yang disoalkan dalam kempen terbaru dari jenama ikonik Amerika, GAP. Kempen musim luruh itu meraikan keperibadian serta originaliti individu menerusi gaya peribadi.
 
Menerusi slogan ‘Dress Normal’, GAP mengajak individu untuk membentuk stail peribadi yang original serta mencabar setiap orang di luar sana berpakaian untuk diri sendiri. Seth Farbman iaitu Ketua Pegawai Pemasaran Global jenama itu berkata, “Mencari versi Dress Normal anda sendiri adalah suatu seni. Normal menurut saya adalah berbeza dengan definasi normal anda, dan itu merupakan intipati terhadap kempen ini.”
 
GG_ADU14FA2C_Anjelica-Michael057
 
Kempen itu dibarisi oleh selebriti handalan yang terkenal dengan gaya peribadi menonjol seperti Anjelica Huston, Jena Malone, Elisabeth Moss dan Zosia Mamet. “Kami mendapat inspirasi dari semangat keberanian serta kejujuran generasi milenium. Keperibadian mereka yang tersendiri membuatkan mereka menonjol di dunia kini yang semakin kompleks,” jelas Stephen Sunnucks iaitu Presiden Global GAP. “Kami berharap kempen ini dapat memberi inspirasi serta keyakinan diri kepada mereka di luar sana untuk membentuk gaya peribadi.”
 
 

Share via
Copy link