Gaya Berkilau-kilau, Masa Untuk Tampil Lebih Glamor

Gambar: Swarovski

 

 

Teks: Khairul Abidin

 

Cara mudah untuk glamorkan penampilan, selain pakai mekap, cara paling mudah ialah dengan gayakan aksesori. Pakai rantai, anting-anting, gelang tangan atau paling tidak jam tangan untuk gaya yang lebih lengkap.

 

Salah satu label aksesori pilihan EH! tentunya Swarovski. Selain kilauan batu kristalnya yang bersinar bak berlian, harga yang juga mampu beli, kami sukakan rekaannya yang memenuhi selera peminat fesyen, baik yang tua mahupun muda. Terbaru, untuk koleksi musim luruh/dingin 2019, Swarovski hadir dengan seleksi aksesori yang diilhamkan dari keindahan langit malam di Iceland.

 

Inspirasi Cahaya Iceland

 

Magic Light Collection, himpunan musim luruh/dingin Swarovski 2019 dikembangkan daripada keindahan cahaya langit malam di Iceland yang cukup terkenal dengan cahaya penuh magis atau dikenali sebagai northern lights. Bersandarkan kepada idea tunjang itu, Pengarah Seni Swarovski, Nathalie Colin mencabar imagiansi dan kreativitinya mencipta satu himpunan yang penuh kilauan dan warna.

 

Menurut Nathalie, himpunan ini bukan sekadar menawarkan mainan warna juga hal rekaan, malah dia mahu menerbitkan rasa positif pada sesiapa yang menggayakan koleksi ini. DIa juga mahukan tiap aksesori dari himpunan ini menjadi medium kepada sesiapa jua penggayanya berekspresi.

 

Kata Nathalie, Kristal semuanya berkaitan dengan cahaya. “Kristal itu hidup kerana cahaya,sama juga dengan kita (manusia). Dalam dunia hari ini yang penuh cabaran, kami mahu menebarkan mesej positif kepada semua, sama ada orang sekeliling, alam sekitar termasuklah kepada diri kita sendiri. Magic Light Collectiom diinspirasikan daripada landskap semula jadi Iceland dan langit malam yang bercahaya, northern lights yang sungguh indah, bagaikan satu sumber cahaya yang memandu juga membimbing kita mengejar masa depan yang lebih bersinar,” tambahnya.

 

Jika dilihat pada zahirnya, himpunan ini sebahagiannya bermain dengan simbol astrologijuga daun terup yang diserapkan pada rekaan cincin, anting-anting, rantai dan juga loket. Ada juga terselit elemen muzik juga haiwan. Pilihan warnanya juga pelbagai seperti hijau, ungu, merah dan biru selain warna normal kristal bak berlian. Himpunan kali ini cukup menyeluruh, memenuhi selera wanita seluruh dunia yang pasti bervariasi personaliti juga estetika gayanya, baik yang senang dengan gaya ringkas mahupun yang lebih bold dan sarat.

 

Jom lihat antara item yang boleh anda pertimbangkan untuk menambah koleksi.

 

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Gambar: Swarovski

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link