Gaya Neelofa di Milan Fashion Week Pilihan EH!

 

Bila tiba minggu fesyen, selain meneliti trend-trend terbaru, drama belakang pentas dan siapa yang duduk di bangku hadapan, peminat fesyen tempatan juga tak sabar mahu melihat siapa selebriti kita yang ‘lepas’ untuk masuk di pertunjukan di empat kota fesyen utama dunia- New York, London, Milan dan Paris.

Neelofa antara selebriti kita yang sering diundang memenuhi tempat duduk di pertunjukan label utama dunia. Di Milan minggu lalu dia menjadi selebriti Malaysia pertama yang diundang untuk menyaksikan pertunjukan Versace.

Saya terpikat melihat penampilan Neelofa kala ke pertunjukan Bottega Veneta. Helaian sedondon hitam dipadankan dengan topi yang sangat statement dan lebih sempurna bila jurusolek Shiyo Joo merias wajahnya dengan gaya polos.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Share via
Copy link